Negara rugi RM3.4 bilion dalam 5 tahun akibat perlombongan bitcoin

0

Akmal Nasrullah Nasir (pegang tukul) melakukan gimik pelupusan barang rampasan Suruhanjaya Tenaga di pusat pembuangan dan pelupusan logam Taman Industri Selesa Jaya, Balakong hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kecurian tenaga melalui aktiviti perlombongan bitcoin di Malaysia mengakibatkan kerugian RM3.4 bilion dari 2018 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Nasir.

Menurutnya kerugian itu berdasarkan data dikumpulkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Walaupun ia mungkin peratusan kecil berbanding keseluruhan penggunaan tenaga, tetapi katanya nilai kerugian itu memberi kesan menyeluruh kepada negara.

Beliau berkata rakyat turut menanggung kesan kerugian hasil melalui pelarasan tarif, antara lain.

“Jadi, apabila kita bercakap soal kerugian kepada negara dan khususnya sektor tenaga, sebenarnya bukan lagi jutaan, tetapi sudah mencecah bilion ringgit.

“Untuk kecurian yang lain ada juga membabitkan seperti pengubahsuaian meter, rumah kongsi melakukan penyambungan elektrik haram dan sebagainya, di mana kaedah pengoperasian mengurangkan kecurian itu sentiasa dilakukan.

“Tetapi kita kena ambil maklum bahawa insiden atau kecurian daripada perlombongan bitcoin semakin berleluasa,” katanya menurut Harian Metro selepas satu program pelupusan barang rampasan ST di pusat pembuangan dan pelupusan logam Taman Industri Selesa Jaya, Balakong.

Sebanyak 2,022 barangan rampasan elektrik bernilai RM2.2 juta dilupuskan kerana gagal mematuhi beberapa syarat ST, termasuk tiada label keselamatan ST-Sirim. Ia antara lain membabitkan 349 mesin bitcoin dan 1,219 peralatan elektrik tanpa label keselamatan.

Pelupusan mesin bitcoin itu hasil rampasan dalam serbuan bersepadu, Ops Renjat oleh ST di lima premis tidak berpenghuni pada Oktober 2022, di mana terdapat pengubahsuaian dengan cara pintasan haram terus tanpa meter sehingga menyebabkan kerugian RM1.3 juta kepada pihak utiliti.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,031.42
Ethereum (ETH) RM7,868.82
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,660.76
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.75
BUSD (BUSD) RM4.39
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM661.50
Dogecoin (DOGE) RM0.783738
Polkadot (DOT) RM17.92
Polygon (MATIC) RM0.967874
Lido Staked Ether (STETH) RM7,857.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM98.01