Naimah dapat penangguhan sementara bayar tunggakan cukai RM313.8 juta

0

Isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Naimah Khalid pada Ogos memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan LHDN mengeluarkan notis pembayaran tunggakan cukai RM313.8 juta. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Naimah Khalid, mendapat perintah penangguhan sementara daripada Mahkamah Rayuan yang membolehkannya menangguhkan pembayaran tunggakan cukai sebanyak RM313.8 juta.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Supang Lian membenarkan perintah sementara itu selepas mendengar hujahan peguam Naimah, S Saravana Kumar, serta hujahan Peguam Kanan Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Hafidz Ahmad.
Dua hakim lain yang turut bersidang ialah Hashim Hamzah dan Choo Kah Sing.
Dalam penghakiman ringkas, Choo berkata permohonan Naimah untuk penangguhan sementara itu mempunyai merit.
Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Naimah untuk penangguhan sementara perintah membayar RM313.8 juta tunggakan cukai kepada LHDN.
Mahkamah menyatakan bahawa cukai perlu dibayar walaupun rayuan sedang menunggu keputusan di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).
Ogos lalu, Naimah yang juga bekas peguam, memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan LHDN mengeluarkan notis pembayaran tunggakan cukai itu.
Beliau mendakwa LHDN merujuk kepada peruntukan yang salah dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 ketika mengeluarkan notis bagi jumlah cukai yang dinilai untuk 2018.
Naimah juga mendakwa sejak Januari, LHDN mempersoalkan peningkatan sahamnya dalam Ilham Baru Sdn Bhd dan menuduh beliau menggunakan ‘pendapatan yang tidak dilaporkan’ untuk membayar pinjaman melibatkan Ilham Baru, Ilham Tower Sdn Bhd dan Welberton Private Equity Corp.
LHDN juga mendakwa Naimah memiliki beberapa hartanah di Amerika Syarikat yang didakwa gagal diisytiharkan, termasuk unit di Nantasket Beach Resort Hotel di Massachusetts, Chauncy Place, serta Hotel Buckminster dan Annex di Boston.
LHDN mendakwa hartanah itu bernilai lebih RM700.6 juta.
Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Naimah untuk semakan kehakiman pada 12 Feb depan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM399,187.28
Ethereum (ETH) RM7,268.45
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,687.56
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.39
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.88
Solana (SOL) RM635.03
Dogecoin (DOGE) RM0.749178
Polkadot (DOT) RM16.92
Polygon (MATIC) RM0.949843
Lido Staked Ether (STETH) RM7,257.17
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM91.46