Nahas 14 kenderaan: Syarikat treler diberi surat tunjuk sebab

0

Apad berkata penggantungan atau pembatalan lesen boleh diambil jika berlaku pelanggaran syarat lesen perkhidmatan oleh syarikat treler.
KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat treler terlibat kemalangan maut di Putrajaya semalam.
Dalam kenyataan, Apad memaklumkan tindakan itu bagi mendapatkan perincian kemalangan melibatkan 14 kenderaan yang meragut dua nyawa.
Katanya, Apad sedang bekerjasama dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan berkaitan sebelum tindakan lanjut dapat diambil terhadap syarikat pengendali itu.
“Sekiranya hasil siasatan dan laporan diterima mendapati berlaku pelanggaran syarat lesen perkhidmatan oleh syarikat, Apad boleh mengambil tindakan sama ada penggantungan atau pembatalan lesen bawah Seksyen 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
“Apad tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya membabitkan kemalangan dan insiden ini amatlah dikesali.”
Katanya, semakan awal mendapati treler itu dilesenkan bawah kelas lesen Pembawa C.
“Dalam hal ini, Apad memandang serius isu membabitkan keselamatan orang ramai susulan insiden tersebut.”
Semalam, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah treler muatan batu pasir merempuh sejumlah kenderaan, termasuk motosikal polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong dekat susur keluar Jalan Persiaran Timur, Putrajaya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,540.21
Ethereum (ETH) RM7,915.04
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,626.83
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.54
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM648.50
Dogecoin (DOGE) RM0.794299
Polkadot (DOT) RM18.06
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM7,907.48
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM97.80