Muhyiddin gesa PBT, agensi kerajaan turun padang bantu peniaga terjejas Covid-19

0

Muhyiddin Yassin menghadiri Majlis Perjumpaan Wakil Peniaga dan Industri Daerah Muar di Pejabat Daerah Muar hari ini. Turut hadir Pegawai Daerah Muar, Mohd Haffiz Ahmad (3 dari kanan) dan Pegawai Daerah Tangkak, Shafiei Ahamad (kanan). (Gambar Bernama)

MUAR: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan lebih proaktif turun padang menemui peniaga untuk mengetahui masalah mereka.

Beliau berkata, langkah itu perlu untuk membantu peniaga memulakan kembali perniagaan selepas terjejas akibat penularan Covid-19.

“Dalam hal ini, pendekatan berbeza perlu dilakukan agar usaha kerajaan menjana semula ekonomi negara berjaya dilaksanakan.

“Jika sebelum ini peniaga dan pengusaha yang perlu merujuk majlis daerah, PBT atau dewan perniagaan, kini pihak berkuasa dan agensi kerajaan pula perlu ke lapangan bertemu peniaga untuk mengambil tahu masalah mereka.

“Ini juga sebahagian daripada kebiasaan baru yang mesti dibiasakan dalam cara kita bekerja,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Wakil Peniaga dan Industri Daerah Muar di Pejabat Daerah Muar hari ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM404,022.30
Ethereum (ETH) RM7,509.23
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,685.00
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.52
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.90
Solana (SOL) RM639.22
Dogecoin (DOGE) RM0.757623
Polkadot (DOT) RM17.28
Polygon (MATIC) RM0.959671
Lido Staked Ether (STETH) RM7,502.80
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM95.73