Mayat mangsa pesawat terhempas dibawa ke HTAR

0

Terdahulu polis berkata kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih 2m di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian 1.45 tengah hari tadi. (Gambar Bernama)
KAPAR: Dua mayat mangsa nahas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk proses bedah siasat.
Mangsa terdiri juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42, dibawa keluar secara berasingan menggunakan dua trak polis kira-kira 8.10 malam.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa maut dalam kejadian itu.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih 2m, di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian dilaporkan pada 1.45 tengah hari tadi.
Selain itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan yang terhempas itu melibatkan dua mangsa.
Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, 1.28 tengah hari bagi penerbangan rekreasi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM414,658.90
Ethereum (ETH) RM7,954.71
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,656.88
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.10
Solana (SOL) RM652.52
Dogecoin (DOGE) RM0.796149
Polkadot (DOT) RM18.72
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM7,945.84
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.10
Avalanche (AVAX) RM97.76