Mangsa banjir di Sabah, Sarawakn turun kepada 1,109 orang

0

Sebanyak empat PPS masih beroperasi di Sabah, manakala Sarawak dengan tujuh PPS. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend positif apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 1,109 orang setakat 8 malam tadi berbanding 1,775 orang petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga berbanding 1,040 orang daripada 326 keluarga petang tadi.

Penurunan itu disebabkan banjir di daerah Membakut yang pulih sepenuhnya, membolehkan 101 mangsa daripada 34 keluarga di sebuah PPS pulang ke rumah.

Jumlah mangsa di Beaufort dan Kinabatangan turut mencatatkan penurunan dengan 325 orang daripada 112 keluarga masih di dua PPS Beaufort, manakala 180 orang daripada 47 keluarga di dua PPS Kinabatangan.

Di Sarawak, jumlah mangsa menurun kepada 604 orang setakat 8 malam tadi berbanding 735 orang petang tadi.

Menurut JPBN Sarawak, jumlah mangsa yang dipindahkan di Mukah menurun kepada 303 orang di tiga PPS, manakala Miri dan Sibu masing-masing kekal 210 orang di dua PPS dan tiga orang di sebuah PPS.

Di Bintulu, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 88 orang berbanding 84 orang sebelum ini, dengan semuanya berlindung di sebuah PPS.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,943.13
Ethereum (ETH) RM7,900.94
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,623.73
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM9.95
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.08
Solana (SOL) RM648.21
Dogecoin (DOGE) RM0.774322
Polkadot (DOT) RM18.32
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,893.13
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM95.20