Malaysia-Turki kukuh kerjasama pertahanan

0

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat delegasi Turki di Kementerian Pertahanan hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turki bersedia mengukuhkan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pertahanan melibatkan aset ketenteraan dan latihan pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara perlu diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi melibatkan perjanjian dalam pelbagai bidang ketenteraan.
“Adalah penting untuk kita ada kerjasama, mengatur pelbagai program dan usaha yang boleh dikongsikan agar dapat memantapkan lagi pertahanan negara masing-masing.
“Dalam konteks ini, kita sedang berusaha mengadakan dan menyediakan perjanjian untuk dimeterai kedua-dua negara bagi membolehkan hasrat ini tercapai,” katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat delegasi Turki di Kementerian Pertahanan.
Menteri Pertahanan Turki Yasar Guler mengetuai delegasi 17 orang sebagai lawatan balas terhadap kunjungan rasmi pertama Khaled ke Ankara pada 11 Jun lalu.
Dalam pertemuan berlangsung lebih sejam itu, kedua-dua pemimpin berbincang tentang kerjasama pertahanan yang produktif, selain mengesahkan komitmen terhadap kerjasama ketenteraan merangkumi bidang sains, teknologi dan industri pertahanan.
Kedua-dua negara katanya, bakal meneroka peluang baharu untuk bekerjasama dalam perkara membabitkan kebolehoperasian dan kesediaan kedua-dua angkatan tentera dalam semua ‘domain’, iaitu darat, laut, udara, siber, AI (kecerdasan buatan) dan perkongsian risikan.
Khaled berkata dengan kerjasama lebih mendalam, Malaysia akan memahami tentang aset, latihan dan pengalaman Turki, memandangkan negara itu adalah antara pengeluar terbesar aset ketenteraan di dunia.
Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengetahui dan mempelajari apa sahaja berkenaan sesuatu peralatan ketenteraan yang dikeluarkan oleh negara tersebut.
Dari sudut pertahanan katanya, Malaysia dan Turki bukan sekadar pembeli dan pelanggan, tetapi juga mahu diangkat sebagai rakan, yang menjelaskan kesanggupan Ankara untuk berkongsi pelbagai aspek membabitkan bidang pertahanan.
Khaled berkata, selain itu menteri pertahanan Turki juga ada mengemukakan permohonan supaya negara terbabit diterima sebagai rakan dialog pada peringkat Asean.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Tentera Udara Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM408,795.63
Ethereum (ETH) RM7,785.41
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,702.77
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.70
BUSD (BUSD) RM4.40
Cardano (ADA) RM2.99
Solana (SOL) RM650.86
Dogecoin (DOGE) RM0.792958
Polkadot (DOT) RM17.67
Polygon (MATIC) RM0.979285
Lido Staked Ether (STETH) RM7,779.99
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM97.85