Malaysia-Singapura tubuh jawatankuasa khas tangani isu Covid-19

0

Jawatankuasa kerja khas akan menyediakan pelan mitigasi menguruskan kepentingan kedua-dua negara, khasnya memastikan kelancaran serta keselamatan pergerakan rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Sebuah jawatankuasa kerja khas dibentuk bagi menyediakan pelan mitigasi menangani isu pergerakan rakyat, barangan dan perkhidmatan antara Malaysia dan Singapura.

Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad berkata susulan perkembangan terkini Covid-19 dan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan, Muhyiddin Yassin pada Selasa bersetuju menubuhkan jawatankuasa kerja khas itu.

“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan secara bersama oleh menteri kanan yang juga Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, saya sendiri dan seorang wakil Kabinet Singapura,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jawatankuasa itu, katanya, diberi mandat menyediakan pelan mitigasi menguruskan kepentingan bersama antara Malaysia dan Singapura, terutama dalam memastikan kelancaran serta keselamatan pergerakan rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu.

Hasni yang juga Adun Benut, berkata jawatankuasa itu akan membentangkan cadangan sesuai kepada perdana menteri kedua-dua negara bagi tindakan lanjut.

Katanya, jawatankuasa itu juga akan memaklumkan perkembangan berkaitan dari semasa ke semasa.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,342.78
Ethereum (ETH) RM7,972.23
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,634.07
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM10.03
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.11
Solana (SOL) RM652.22
Dogecoin (DOGE) RM0.782428
Polkadot (DOT) RM18.54
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,964.81
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM96.47