Malaysia Night Market | Pasar Malam Kerteh, Kemaman, Terengganu.

0



Pasar Malam Kerteh dibuka pada hari Selasa setiap minggu di kawasan lapang berhampiran Stadium Mini Kerteh.

Seperti kebiasaan barang jualan di pasar malam, keperluan asas seperti lauk basah, makanan, minuman, pakaian dan lain-lain boleh diperolehi dengan mudah.

Harga barangan ada yang masih murah dan berpatutan. Kebanyakan barang jualan boleh ditawar harganya. Namun begitu, tidak dinafikan ada juga barang-barang yang agak mahal atau setidak-tidaknya setanding dengan harga barang jualan di kedai luar dengan premis sewa.

Apa yang penting ialah anda pandai berbelanja dan elakkan daripada membazir.

Kerteh, sebuah pekan kecil di daerah Kemaman ini merupakan kawasan yang terkenal dengan industri oil & gas Malaysia.

Lokasi pekan ini cuma 7km dari tol Kerteh. Selain jalan darat, ia juga mempunyai sebuah lapangan terbang kecil untuk kemudahan pekerja pelantar minyak.

Bukan itu sahaja, pesawat komersial firefly juga berulang-alik membawa penumpang beberapa kali seminggu melalui Lapangan Terbang Subang, Selangor.

Selamat menonton video ini. Diharap anda terhibur. Sebarang komen dan cadangan amatlah saya alu-alukan.

Sebagai tanda sokongan, mohon untuk subscribe, like dan komen video-video saya yang lain juga, ye?

Salam hormat kepada semua. Salute.

Khairulkhar Explorer
#ExploreYourPassionI

Music: Apart
Musician: @iksonofficial

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM412,778.22
Ethereum (ETH) RM7,859.23
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,629.92
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM9.77
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM3.04
Solana (SOL) RM640.01
Dogecoin (DOGE) RM0.764688
Polkadot (DOT) RM18.11
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM7,849.63
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM95.07