MAHB rekod 8.3 juta pergerakan penumpang

0

MAHB berkata pengumuman China untuk melonggarkan langkah sekatan Covid-19 baru-baru ini memberikan keyakinan terhadap sektor penerbangan terutamanya di Asia Pasifik.
PETALING JAYA: Pergerakan penumpang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi rangkaian lapangan terbangnya terus berkembang kukuh dengan 8.3 juta pergerakan direkodkan pada Oktober 2022, mencecah 71.1% daripada paras pada Oktober 2019.
MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata, pemulihan trafik Malaysia memberi sumbangan besar kepada peningkatan jumlah pergerakan penumpang kumpulan pada bulan tersebut, yang menyumbang 65% daripada jumlah keseluruhan.
Prestasi lapangan terbangan tempatan terus dipacu oleh kelonggaran protokol penerbangan di seluruh rantau, disokong oleh kekerapan tambahan syarikat penerbangan dan pengenalan laluan baharu.
Trafik Malaysia merekodkan lebih daripada lima juta penumpang bagi bulan kedua berturut-turut (5.4 juta pergerakan penumpang bagi Oktober 2022), mencecah 63.2% daripada paras pada Oktober 2019.

“Pergerakan penumpang antarabangsa merekodkan 2.1 juta penumpang, melepasi dua juta penumpang buat pertama kali sejak Mac 2020, manakala sektor domestik mencatatkan 3.3 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2022,” kata MAHB.
Sementara itu, pergerakan penumpang di Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (SGIA) berjumlah 2.9 juta pada Oktober 2022, menghampiri paras sebelum Covid-19 dan mencecah 92.6% daripada paras pada Oktober 2019.
Pergerakan penumpang antarabangsa berjumlah 1.6 juta dan kekal stabil di atas paras 1.5 juta bagi tempoh tiga bulan lepas.
“Pergerakan penumpang domestik mencatatkan 1.4 juta penumpang dan berada pada 74.2% daripada paras pada Oktober 2019,” kata pengendali lapangan terbang itu.

Secara keseluruhannya, MAHB merekodkan 66.5 juta pergerakan penumpang dalam tempoh sepuluh bulan pertama 2022, mencecah 56.9% daripada paras pada tempoh yang sama pada 2019.
Syarikat itu berkata, pengumuman oleh China baru-baru ini untuk melonggarkan langkah-langkah sekatan Covid-19 memberikan keyakinan terhadap sektor penerbangan terutamanya di Asia Pasifik, kerana ia menandakan kesediaan republik itu untuk kembali normal semula secara berperingkat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,835.62
Ethereum (ETH) RM7,843.95
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,643.83
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.07
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.11
Solana (SOL) RM650.45
Dogecoin (DOGE) RM0.781208
Polkadot (DOT) RM18.25
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM7,834.37
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM95.52