Lelaki Israel minta jurubahasa Ibrani, bicara tangguh

0

Avitan Shalom didakwa tahun lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Tinggi) 1971 kerana mengedar enam senjata api, dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki 200 butir peluru. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menangguhkan perbicaraan warga Israel, Avitan Shalom yang didakwa memperdagangkan senjata api dan memiliki peluru, kepada 13 Jan untuk menyediakan jurubahasa Ibrani.
Avitan, 39, mendakwa dia hanya memahami bahasa Inggeris asas dan memerlukan jurubahasa Ibrani sepanjang perbicaraan.
Hakim Norina Zainal Abidin mempersoalkan mengapa Avitan menunggu sembilan bulan untuk membangkitkan isu itu.
“Saya harap anda masih ingat dua pertuduhan (tahun lalu), semua orang nampak anda boleh berbahasa Inggeris. Anda juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa anda boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris mudah.
“Isu jurubahasa langsung tidak dibangkitkan. Baik anda mahupun peguam anda tidak memaklumkan kepada mahkamah bahawa anda memerlukan jurubahasa,” katanya.
Bagaimanapun, Avitan memberitahu mahkamah dia sudah beberapa kali memaklumkan peguamnya bahawa dia tidak begitu memahami bahasa Inggeris.
Peguamnya, Naran Singh, berhujah Seksyen 270 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan dengan jelas tertuduh mesti disediakan dengan jurubahasa jika keterangan diberikan dalam bahasa yang tidak difahaminya.
“Kami tiada pilihan selain menyediakannya jurubahasa Ibrani. Pihak pembelaan tidak akan berkompromi sekiranya dia tidak diberi jurubahasa,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa P Kunyalam, tidak membantah permintaan peguam itu, memaklumkan mahkamah bahawa banyak laporan yang akan dikemukakan mengandungi terma teknikal. Ini termasuk laporan kimia, forensik dan senjata api.
Hakim kemudian berkata jika jurubahasa Ibrani tidak ditemui, perbicaraan akan diteruskan dalam bahasa Inggeris mudah.
Pada April tahun lalu, Avitan didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Tinggi) 1971 kerana mengedar enam senjata api, dan pertuduhan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki 200 butir peluru.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,429.45
Ethereum (ETH) RM7,763.45
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,655.23
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.39
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM664.36
Dogecoin (DOGE) RM0.792223
Polkadot (DOT) RM18.79
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM7,753.75
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM97.00