Lebih 900 pelajar Malaysia masih berada di Indonesia

0

Sehingga kini 2,799 pelajar Malaysia di Indonesia telah kembali ke tanah air dan dikenakan perintah kuarantin wajib selama 14 hari.

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia memantau rapi keadaan pelajar Malaysia yang masih berada di Indonesia menerusi kerjasama bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) dan pihak berkuasa tempatan.

Sebanyak 2,799 pelajar Malaysia di Indonesia telah kembali ke tanah air sejak berlakunya penularan pandemik Covid-19, manakala 989 masih lagi berada di Indonesia, bagi mengikuti pengajian atau sedang menghadapi peperiksaan tahun akhir secara dalam talian atau masih dalam proses penyelesaian visa pelajar.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar berkata, pihak kedutaan dan Education Malaysia di Indonesia (EMI) sentiasa berhubung menerusi sidang video bersama wakil PKPMI di seluruh Indonesia bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan keadaan mereka.

“Kita juga meminta mereka sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa, menjaga kebersihan, melakukan jarakan sosial, selain mendapatkan info terkini berkenaan apa juga masalah yang mereka hadapi untuk kita kenal pasti bentuk-bentuk bantuan yang boleh kita lakukan,” katanya.

Pada sidang video hari ini bersama wakil PKPMI, Zainal Abidin turut meminta mereka membantu mengesan sekiranya masih ada pelajar dari Malaysia yang mengikuti pengajian di pesantren (pengajian di pondok agama) untuk mendaftar dengan PKPMI.

Pada sidang video bersama Yang Dipertua (YDP) PKPMI Medan, Muhammad Syazwan Basri, YDP PKPMI Aceh, Muhammad Syafiq Ismail, YDP PKPMI Bali, S K Dharshinee, YDP PKPMI Ponorogo, Yusuf Mohd Suhair dan wakil PKPMI Surabaya H Hasvene Kaur itu, dan semua mereka menyatakan keadaan pelajar Malaysia berada dalam keadaan baik.

Antara perkara yang dibangkitkan kepada pihak kedutaan dan EMI adalah berkaitan yuran pengajian penuh yang masih perlu dibayar sekalipun mereka kini hanya mengikuti pengajian dalam talian, selain harga tiket penerbangan yang semakin mahal untuk mereka pulang ke tanah air.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,010.33
Ethereum (ETH) RM7,912.95
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,650.94
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM669.15
Dogecoin (DOGE) RM0.799158
Polkadot (DOT) RM18.85
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM7,898.43
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM99.00