Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 merupakan pertandingan pidato bahasa Melayu terulung di Malaysia dan seluruh dunia. Pertandingan pidato pada tahun ini merupakan pertandingan edisi yang ke-14. Seramai lebih 100 orang pemidato daripada 36 buah negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei Darussalam, Uzbekistan, Jepun dan banyak lagi telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. PABM merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggii (KPT) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu kategori alam Melayu, kategori antarabangsa dan kategori pelajar antarabangsa yang menuntut di Malaysia. Setiap peserta perlu melalui beberapa peringkat saringan dan penilaian sebelum berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir PABM Piala Perdana Menteri 2021.
Pertandingan ini bermula dengan peringkat saringan awal. Peringkat saringan awal bagi pemilihan wakil Malaysia ke PABM telah melibatkan 40 pemidato daripada institusi pendidikan di seluruh Malaysia telah diadakan pada 11 September 2021. Siti Nur Shafika Md Fakharuzi telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan juga peringkat akhir yang dijalankan pada 12 September 2020. Beliau telah dinobatkan sebagai Johan bagi pemilihan wakil Malaysia ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 dan telah diamanahkan untuk membawa nama Malaysia dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021
Seterusnya, selepas berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi pemilihan wakil Malaysia ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021. Siti Nur Shafika Md Fakharuzi juga sekali lagi berjaya melakar kejayaan apabila mara ke peringkat suku akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 yang telah diadakan pada tanggal 21 September 2021 serta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir selepas menewaskan 10 pemidato lain dalam kategori alam Melayu. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mara ke peringkat akhir selepas berjaya mengatasi 5 pemidato alam Melayu pada peringkat separuh akhir yang dijalankan pada 26 November 2021. Akhir sekali, peringkat akhir bagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021, beliau telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 yang diadakan pada 28 November 2021 selepas berjaya menewaskan dua lagi pemidato lain dalam kategori yang sama. Johan bagi pertandingan ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 berserta trofi.
Source link