KPM – 21 Julai 2023





Majlis Seuntai Kasih, Setulus Budi

21 Julai 2023 | Jumaat

“Apabila menjadi pemimpin, tugasmu menjadi lebih payah; jangan mengikut resmi ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul kerana yang berjalan betul itu bukan kaki tetapi hati nurani” – Sasterawan Negara Baha Zain

Terima kasih kerana mengajar kami berjalan betul dengan keluhuran hati nurani dan keihlasan yang perlu ada dalam jiwa setiap pendidik.

Hari ini seluruh keluarga besar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs Dr. Norisah Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) atas segala pengorbanan, jasa dan bakti yang telah dicurahkan.

Semoga YBrs Dr. Norisah sentiasa dikurniakan kebaikan dan berada dalam lindungan Allah SWT.

Selamat bersara dan menikmati lembaran hidup yang baru dengan penuh kebahagiaan.

Jasamu dikenang, budimu disanjung.

TERIMA KASIH

 

Source link

biasiswa pendidikanekehadirankementerian pendidikankeputusan spmkeputusan UPSRkpmmatrikulasipermatapermohonan masuk ke universitisenarai sekolah di malaysiataskatvet
Comments (0)
Add Comment