KPDN kuat kuasa APD terhadap pihak kelirukan label beras

Kegiatan mencampur beras dipercayai menjadi punca kekurangan beras putih tempatan di pasaran.
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menguatkuasakan Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 untuk mengenal pasti pihak yang bertindak membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis dan pelabelan beras.
Menterinya Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk kesalahan melakukan penyelewengan penjualan beras dengan menukar bungkusan atau label beras yang boleh mengelirukan pengguna.
“Dalam menguatkuasakan akta ini, analisa sampel beras adalah aspek yang amat penting dalam menentukan beras putih import dan beras putih tempatan.
“Mengambil kira Mardi kini mempunyai kepakaran melalui teknologi DNA beras, KPDN akan merujuk Mardi sebagai pihak berwibawa,” katanya dalam satu kenyataan.
Armizan berkata beliau diberi taklimat berkaitan dapatan kajian isu mencampur beras putih import dengan beras putih tempatan di pasaran.
Katanya, kementerian sedang memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan berkaitan isu mencampur beras putih tempatan dan import yang dijual pada harga tinggi.
SOP siasatan ini merangkumi seluruh aspek termasuk pengurusan ekshibit sampel beras dan kebolehterimaan barang bukti di mahkamah.

Source link

akta perihal daganganberas putihcampur berasImportkpdnMardipelabelantempatan
Comments (0)
Add Comment