KKM perkenal kaedah giliran atasi kekurangan tenaga kerja

0

Setakat 30 Sept lepas, seramai 299,672 petugas kesihatan termasuk petugas lantikan tetap dan kontrak berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan kaedah penggiliran untuk menambah baik sistem penempatan pegawai perubatan, terutama di kawasan pedalaman dan bandar, sebagai langkah untuk menangani krisis kekurangan tenaga kerja di sektor kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata pihaknya sedang menjalankan kajian berkaitan pelaksanaan kaedah penggiliran ini bagi memastikan pegawai KKM tidak tertekan sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.

“Sebagai contoh, sekiranya pegawai perubatan ditempatkan di Miri dan ditugaskan di Long Semado atau Long Bemang di Baram, kita tidak akan membiarkan mereka tinggal di kawasan tersebut dalam tempoh yang sangat panjang. Sebaliknya, kita akan menggunakan kaedah penggiliran,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Mohd Hatta Md Ramli mengenai kekurangan doktor di kawasan luar bandar dan negeri-negeri lain.

Lukanisman, bagaimanapun berkata pihaknya mendapati masih banyak doktor yang gembira ditempatkan di kawasan tertentu kerana pengalaman yang diperoleh terutama di Sabah dan Sarawak memberikan mereka kelebihan ketika kembali bertugas di Semenanjung.

Beliau berkata KKM mewujudkan sebanyak 16,347 jawatan baharu pada tahun ini, melibatkan semua kategori jawatan yang diperlukan, termasuk pertambahan 1,500 jawatan pegawai perubatan setiap tahun.

Menjawab soalan tambahan Senator Dr R A Lingeswaran sama ada kerajaan bercadang mewujudkan jawatankuasa untuk memastikan petugas KKM tidak meletak jawatan, beliau berkata pihaknya akan mempertimbangkan mengenai keperluan mewujudkan satu jawatankuasa khusus berikutan terdapat beberapa faktor mempengaruhi perletakan jawatan oleh pegawai perubatan dan pegawai lain di hospital dan klinik.

“Walaupun demikian, kita sedang berusaha untuk memastikan pengeluaran tenaga kerja tetap berterusan, dan faktor peletakan jawatan ini kadang-kadang dipengaruhi oleh pilihan peribadi pegawai perubatan tersebut,” katanya.

Beliau juga memberi contoh, ada pegawai kontrak yang ditawarkan jawatan tetap di negeri-negeri seperti Pantai Timur, Sabah, dan Sarawak, tetapi menolak tawaran tersebut dan memilih untuk kekal di Semenanjung. Ini merupakan sebahagian daripada krisis yang sedang dihadapi oleh pihak kementerian, tambahnya.

Beliau berkata masalah kekurangan doktor di hospital dan klinik akan berterusan sekiranya masalah itu tidak ditangani segera dan satu perbincangan lebih komprehensif akan diadakan bagi mempersiapkan graduan perubatan untuk bersiap sedia menerima penempatan yang diarahkan dalam perkhidmatan.

Berdasarkan analisis data perjawatan dan pengisian di KKM setakat 30 Sept lepas, seramai 299,672 petugas kesihatan sedang berkhidmat meliputi 266,898 petugas kesihatan lantikan tetap dan 32,774 adalah petugas kesihatan lantikan kontrak.

Daripada jumlah itu, seramai 7,720 pegawai adalah pakar perubatan, diikuti pegawai perubatan (44,030), pegawai pergigian (7,626), pegawai farmasi (12,775), jururawat (70,075) dan penolong pegawai perubatan (19,798) serta bakinya adalah anggota daripada skim perkhidmatan lain.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM404,022.30
Ethereum (ETH) RM7,509.23
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,685.00
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.52
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.90
Solana (SOL) RM639.22
Dogecoin (DOGE) RM0.757623
Polkadot (DOT) RM17.28
Polygon (MATIC) RM0.959671
Lido Staked Ether (STETH) RM7,502.80
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM95.73