PADA awal era 80an dan 90an, beliau pernah digelar ‘MacGyver Malaysia’ kerana kehebatannya mencipta dan merekabentuk pelbagai barangan dan produk yang mendahului masa serta ‘di luar kotak’ pemikiran.
Siapa sangka lebih berpuluh tahun lalu, anak Rawang, Selangor ini telah lebih awal mencipta kereta tanpa pemandu, motor terbang, kenderaan parkir sendiri dan lain-lain lagi.
Kehebatan lelaki yang dianggap genius itu berjaya menarik minat masyarakat hingga mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Mendapat jolokan Zul Robot dan Zul Hantu, Zulkifli Harun banyak menggunakan teori kejuruteraan berbalik (reverse engineering) iaitu mengambil sesuatu rekaan dan mengubah suai untuk keperluan semasa.
#GarasiTV
__________
Jangan Lupa Subscribe di Youtube Garasi TV:
Follow juga kami di TikTok GarasiTV:
Dan Instagram Garasi TV: