PROTON Holdings Berhad (Proton) mengumumkan penurunan harga antara RM400 sehingga RM7,000 untuk semua model keluarannya selaras dengan pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang yang diumumkan baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata, harga kenderaan Proton yang menerima pengurangan harga antara 1.2 peratus hingga 5.7 peratus ini berkuat kuasa sepanjang tempoh insentif bermula hari ini sehingga hujung tahun.
“Kami menerima baik usaha ini untuk memacu pertumbuhan ekonomi melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang mengiktiraf industri automotif antara yang terpenting dalam ekosistem negara.
“Proton yang memiliki lebih 700,000 pekerja turut menyumbang sekitar 4.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekaligus memainkan peranan utama dalam usaha pemulihan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Selain itu katanya, ini adalah masa terbaik untuk pelanggan memiliki model terbaharu Proton yang juga seiring dengan bilangan pusat servis 3S dan 4S yang bertambah bagi memberi pemilikan kereta dengan nilai terbaik.
Proton juga kini mengatur beberapa strategi untuk meningkatkan jualan dengan mengambil kira sentimen pengguna sepanjang tahun 2020 termasuklan pematuhan operasi standard (SOP) serta norma baharu di pusat jualan dan servis.
“Kami kini membantu merancakkan semula segmen automotif di negara ini dan terus bekerjasama dengan para pembekal dan pengedar agar mereka mampu dan bersedia untuk mengharungi cabaran ini,” katanya.
Senarai harga terkini Proton:
Proton Saga
• 1.3 Standard MT RM32,800 (RM400) = RM32,400
• 1.3 Standard AT RM35,800 (RM500) = RM35,300
• 1.3 Premium AT RM39,800 (RM500) = RM39,300
Exora
• 1.6 Executive RM59,800 (RM2,500)= RM57,300
• 1.6 Premium RM66,800 (RM2,000) =RM64,800
Iriz
• 1.3 Standard MT RM36,700 RM500=RM36,200
• 1.3 Standard CVT RM39,700 (RM500)=RM39,200
• 1.3 Executive CVT RM44,700 (RM600) = RM44,100
• 1.6 Executive CVT RM46,700 (RM700) = RM46,000
• 1.6 Premium CVT RM50,700 (RM800) = RM49,900
Persona
• 1.6 Standard MT RM42,600 (RM500) = RM42,100
• 1.6 Standard CVT RM44,600 (RM600) = RM44,000
• 1.6 Executive CVT RM49,600 (RM700) = RM48,900
• 1.6 Premium CVT RM54,600 (RM900) = RM53,700
X70 2020
• 1.8 Standard 2WD RM94,800 (RM4,900) = RM89,900
• 1.8 Executive 2WD RM106,800 (RM5,800) = RM101,000
• 1.8 Premium 2WD RM119,800 (RM6,700) = RM113,100
• 1.8 Premium X 2WD RM122,800 (RM7,000) = RM115,800
Source link