Kenapa PDPA tak terpakai untuk kerajaan, soal pakar

0

Menurut pakar, pelabur berpotensi akan meneliti undang-undang perlindungan data peribadi sebelum memutuskan sama ada untuk menyuntik dana ke dalam Malaysia.
PETALING JAYA: Satu klausa dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) yang mengecualikan aplikasinya pada kerajaan persekutuan dan negeri mungkin menghalang pelabur asing daripada menyuntik dana ke negara ini, seorang pakar memberi amaran.
Abu Bakar Munir daripada fakulti undang-undang Universiti Malaya berkata, hanya Malaysia dan Singapura mempunyai klausa sedemikian dalam undang-undangnya, menimbulkan persoalan dalam kalangan banyak entiti dan kerajaan asing.
“Peserta dalam kebanyakan forum dan mesyuarat yang saya hadiri di dalam dan di luar negara telah membangkitkan perkara ini, mengatakan ia tidak adil,” katanya kepada FMT.
Abu Bakar berkata, Malaysia negara pertama di Asean yang menggubal undang-undang perlindungan data peribadi.
“Saya pernah menjadi penasihat kementerian dan terlibat dalam penggubalannya. Saya beritahu mereka, kita tidak sepatutnya mempunyai (klausa pengecualian) untuk menjadi lebih berdaya saing dan mengetatkan keselamatan siber kita,” katanya.
Abu Bakar berkata Singapura, yang menggubal undang-undang perlindungan datanya berasaskan undang-undang Malaysia, turut mengekalkan klausa pengecualian tersebut.
Bagaimanapun, Singapura memperkenalkan undang-undang untuk mentadbir penggunaan data peribadi oleh perkhidmatan awamnya, sesuatu yang tidak diperuntukkan bawah undang-undang Malaysia.
Katanya, beliau telah menyampaikan kebimbangan pelbagai pemain global kepada pegawai kementerian, yang kini sedang menyemak semula PDPA.
Bagaimanapun, katanya, seorang pegawai di Kementerian Komunikasi dan Digital memaklumkan bahawa Jemaah Menteri menolak cadangannya untuk memansuhkan Seksyen 3 PDPA, yang mengandungi klausa pengecualian tersebut.
Menurut Abu Bakar, wakil firma keselamatan siber antarabangsa dan syarikat multinasional utama seperti Amazon meluahkan rasa terkejut atas keengganan Malaysia untuk membuang seksyen tersebut.
Selain menjadi ahli pasukan yang menggubal PDPA, Abu Bakar juga turut menjadi penasihat bagi Indonesia dan Arab Saudi mengenai undang-undang mereka. Beliau berkata, kedua-dua negara bersetuju dengan cadangannya untuk membuang klausa serupa dalam undang-undang mereka.
“Seperti yang kita tahu, kerajaan pada semua peringkat mempunyai bank data peribadi terbesar yang mudah disalahgunakan oleh kakitangan tidak bertanggungjawab untuk kepentingan peribadi. (Kerajaan) mesti dipertanggungjawabkan atas pelanggaran tersebut.
“Kita bercakap tentang akauntabiliti. Ini penting kerana PDPA adalah antara undang-undang yang akan diteliti pelabur sebelum mereka berasa selamat untuk beroperasi di Malaysia,” katanya.
Abu Bakar berkata, isu itu juga mencerminkan tadbir urus, yang menjadi salah satu elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
“Kebanyakan pelabur yang bertanggungjawab secara sosial menggunakan kriteria ESG untuk menapis pelaburan mereka,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,137.29
Ethereum (ETH) RM7,755.57
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,641.32
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.58
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.11
Solana (SOL) RM671.78
Dogecoin (DOGE) RM0.789668
Polkadot (DOT) RM18.59
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,749.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM97.60