Kemuka fakta berkait pelupusan vaksin Covid-19, kerajaan diberitahu

0

Kerajaan memberitahu terdapat lima hingga enam juta dos vaksin dilupuskan selepas tamat tempoh akibat permintaan yang kurang. (Gambar AP)
PETALING JAYA: Adakah kerajaan membuat pesanan terlalu banyak dos vaksin Covid-19 yang jauh melebihi permintaan?
Dr Lee Boon Chye, bekas timbalan menteri kesihatan, bertanya soalan itu ketika bercakap kepada FMT mengenai vaksin yang dilupuskan.
Rabu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberitahu pada sidang akhbar, Malaysia mempunyai lima hingga enam juta dos baki vaksin yang dilupuskan selepas tamat tempoh susulan permintaan yang kurang.
Lee berkata, pelupusan itu menunjukkan ketidakpadanan antara permintaan dan perancangan perolehan.

Beliau meminta ketelusan, sambil mengatakan Kementerian Kesihatan perlu menjelaskan mengapa terdapat pesanan besar terhadap vaksin sedangkan tidak ada permintaan.
Katanya, kementerian perlu mendedahkan nilai vaksin yang dilupuskan, menyatakan tarikh pembelian dan menjelaskan sama ada vaksin itu hampir tarikh luputnya.
“Saya pasti ada keperluan untuk vaksinasi, terutamanya bagi masyarakat luar bandar,” katanya. “Mengapa kita membuang semua vaksin ini?”
“Kementerian perlu menyatakan berapa banyak dos Pfizer, Sinovac, CanSino dan AstraZeneca telah dilupuskan. Adakah vaksin itu telah mencapai tarikh hampir luput tetapi pengilangnya mengagihkan kepada kami?”

Lee juga meminta kementerian menjelaskan sebab pengambilan vaksin penggalak yang rendah.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada Disember hanya 49.8% penduduk telah menerima dos penggalak pertama dan 1.9% telah menerima dos penggalak kedua.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemikir Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Khalib menyokong permintaan Lee agar kementerian menjelaskan pembaziran itu, dengan berkata, ia melibatkan isu tadbir urus dan akauntabiliti kerana berbilion ringgit dana awam digunakan untuk mendapatkan vaksin.
Beliau memberitahu FMT bahawa, berlaku pembaziran “luar biasa” ketika banyak komuniti dan negara hampir tidak mendapat akses kepada vaksin Covid-19.
“Ini mengecewakan kerana Malaysia agak bertuah kerana dapat menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk penduduknya terhadap Covid 19 dengan bukan sahaja dos pertama tetapi juga dos penggalak,” katanya.
“Namun ramai rakyat Malaysia tidak mahu mengambil kesempatan daripada vaksin ini, yang diberikan kepada mereka secara percuma.”
Lee berkata, amalan pelupusan vaksin dilakukan pada kadar yang rendah oleh AS, India dan beberapa negara Afrika dan Eropah.
Dalam kes negara Afrika, katanya, pelupusan vaksin berlaku kerana mereka diberi stok yang hampir dengan tarikh luputnya dan mereka tidak dapat memberikan dos tepat pada masanya.
Azrul berkata, kadar pembaziran biasanya antara 5% dan 25%, bergantung kepada jenis vaksin dan bilangan dos setiap sukatan.
“Bagi vaksin Covid-19, kadar jangkaan yang ditentukan oleh Akses Global Vaksin Covid 19 (Covax) ialah 10%,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,478.08
Ethereum (ETH) RM7,701.90
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,628.95
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM9.94
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM3.02
Solana (SOL) RM639.47
Dogecoin (DOGE) RM0.767761
Polkadot (DOT) RM17.95
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,699.01
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM93.72