Kem pelarian Rohingya di Bangladesh dikenakan ‘sekatan pergerakan penuh’

0

Pakar memberi amaran Covid-19 boleh tersebar dengan cepat di kem Cox’s Bazar. (Gambar AP)

COX’S BAZAR: Bangladesh mengenakan “sekatan pergerakan penuh” di Cox’s Bazar – yang menempatkan lebih 1 juta pelarian Rohingya dari negara jiran Myanmar – untuk menghentikan penyebaran Covid-19, kata pegawai pada Khamis.

Pakar memberi amaran penyakit itu boleh tersebar dengan cepat di lorong sempit dan dibasahi air kumbahan, di mana minoriti Islam dianiaya dan ditempatkan dalam pondok diperbuat daripada kanvas dan buluh.

Tiada kes disahkan di kem itu tetapi 1 jangkitan direkodkan di kawasan berhampiran.

Dengan jumlah rasmi kes meningkat 2 kali ganda di lebih 200 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 5 hari, termasuk 20 kematian, pegawai mengarahkan sekatan pergerakan di daerah itu pada Rabu.

Kawasan itu “diletakkan di bawah sekatan pergerakan penuh – tidak aktiviti keluar masuk – sehingga keadaan bertambah baik,” kata arahan itu.

Polis dan tentera membuat sekatan di jalan raya utama di daerah itu, yang menempatkan 3.4 juta orang termasuk pelarian Rohingya, dan melakukan rondaan di dalam dan di sekitar kem berkenaan pada Khamis.

Pesuruhjaya Pelarian Mahbub Alam Talukder berkata sekatan pergerakan turut dikenakan terhadap pekerja bantuan.

“Hanya bekalan makanan kecemasan dan perkhidmatan perubatan boleh terus bekerja di kem dengan penuh berwaspada,” katanya kepada AFP.

Sesiapa yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara baru-baru ini juga dihalang memasuki kem tersebut sehingga mereka selesai melakukan kuarantin, katanya.

Salah maklumat

Lebih 740,000 etnik Rohingya melarikan diri ke sempadan Myanmar berikutan tindakan kejam tentera pada 2017 dan ditempatkan semula di kem pelarian Cox’s Bazar, di mana kira-kira 200,000 pelarian tinggal di situ.

Kumpulan hak asasi dan aktivis menyatakan kebimbangan kem tersebut menjadi kawasan panas maklumat salah tentang pandemik Covid-19 kerana sekatan internet yang dikenakan pada September lalu.

Puluhan ribu etnik Rohingya bangun di tengah malam bulan lalu untuk berdoa, setelah khabar angin tersebar bahawa tindakan itu dapat menghentikan penyebaran virus tersebut.

Amnesty International memberi amaran maklumat asas yang tepat mengenai penyakit itu gagal sampai kepada ramai pelarian di kem tersebut.

Pesuruhjaya pelarian berkata pejabatnya meminta Dhaka menamatkan sekatan internet.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM414,610.78
Ethereum (ETH) RM7,912.64
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,651.80
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM10.19
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.17
Solana (SOL) RM662.84
Dogecoin (DOGE) RM0.793398
Polkadot (DOT) RM18.59
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,908.18
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.23