KBS umum 15 litar selamat, dibenar anjur sukan permotoran

0


Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam sidang media di Speedway Plus Karting Circuit, Lebuhraya Plus Subang Jaya, hari ini.

SUBANG JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan 15 litar diperakui selamat oleh Majlis Sukan Bermotor Malaysia (MAM) untuk membenarkan penganjuran sukan permotoran.

Litar itu adalah Sepang International Circuit, Sepang Kart Circuit, Morac Adventure Track (Kart Circuit), City Karting Shah Alam Kart Circuit, Speedway Plus Circuit, Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor, Tangkak Racing Track dan Melaka International Motorsport Circuit (MIMC).

Selain itu Unimap Racing Circuit, Litar Go-Kart UUM, Litar Permotoran Terengganu Gong Badak, Miri Track PermyJaya, APDCREW Circuit Maeps, Alyezo SpeedZone dan Litar Drag Jempol.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata pengumuman itu adalah langkah awal diambil pihaknya selepas insiden seorang penonton maut dirempuh kereta lumba ketika menyaksikan pertandingan sukan bermotor di Perak, Disember lalu.

“Langkah kedua penganjur yang nak buat program, mereka paparkan lesen yang telah diperoleh daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS).

“Dua langkah ni perlu dipastikan, jika ada peserta nak sertai program ini…kalau litar tak terletak dalam kawasan yang dah diperiksa oleh MAM, itu adalah tempat berisiko,” katanya dalam sidang media di Speedway Plus Karting Circuit, Lebuhraya Plus Subang Jaya.

Hannah berkata demikian ketika diminta mengulas insiden melibatkan penonton maut ketika menyaksikan pertandingan “CCT Battle of Champion” di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak, Disember lalu.

Hannah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kes itu kerana ia masih dalam siasatan polis.

Sementara itu, Hannah berkata pihak yang didapati melanggar kesalahan termasuk menggunakan logo KBS tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan denda sehingga RM500,000.

Beliau turut menasihatkan kerajaan negeri atau pihak yang berhasrat membina litar tidak membuta tuli membangunkan kemudahan itu tanpa bersedia dengan bajet kewangan yang kuat.

Katanya, budaya membina kemudahan atau litar sukan bermotor tanpa bersedia dengan sokongan kewangan menampung kos penyelenggaraan sesebuah litar itu pada masa akan datang hanya merugikan semua pihak.

“Kita perlu hentikan budaya bina…bina…bina litar tetapi tidak bersedia dengan peruntukan atau bajet kewangan yang stabil untuk penyelenggaraan berkala litar yang mana ia akan membawa risiko kepada peserta yang kebanyakan golongan belia mengambil bahagian dalam acara tersebut.

“Dalam soal ini saya sebagai menteri bertanggungjawab mempunyai komitmen untuk mendapatkan bajet kewangan untuk memperkasakan sukan permotoran ini, yang kini kian diminati ramai golongan belia usia seawal empat tahun,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM414,746.38
Ethereum (ETH) RM7,920.42
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,653.29
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM10.24
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.16
Solana (SOL) RM663.54
Dogecoin (DOGE) RM0.794732
Polkadot (DOT) RM18.55
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,913.86
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.37