KUALA LUMPUR: Isu berterusan mengenai program laluan selari akan dibincang Jemaah Menteri pada Rabu ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Kita akan membincangkan (perkara itu) Rabu ini semasa mesyuarat Kabinet,” katanya ringkas pada sidang media selepas melawat Pameran Postnormal Times Madani hari ini.
Anwar ditanya pemberita sama ada kerajaan telah memutuskan cara untuk menyelesaikan isu itu.
Persatuan Perubatan Malaysia sebelum ini menggesa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengutamakan kesihatan awam dengan membuka sementara program pembedahan kardiotoraks kepada bukan Bumiputera ketika berlakunya kekurangan pakar.
Sebagai tindak balas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM melancarkan bantahan terhadap gesaan kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks dengan menggesa semua pelajar memakai pakaian hitam.
Badan pelajar itu kemudiannya memohon maaf kerana menyebabkan ‘salah faham’ berhubung bantahannya baru-baru ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL