Johor mohon 20% hasil cukai dikembali, kata MB

0

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, berkata buat permulaan kerajaan persekutuan boleh memulakan pengembalian cukai dikutip pada kadar 10% sebelum dinaik secara berperingkat. (Gambar Bernama)
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor memohon kerajaan persekutuan mempertimbangkan pemberian 20% hasil cukai dikutip disalurkan kembali kepada negeri.
Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, berkata pihaknya merayu pertimbangan perkara itu, kerana ia penting untuk limpahan manfaat dan pembangunan rakyat Johor.
“Pada masa sama, ia selari dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. Kerajaan Johor sekali lagi memohon dan merayu kepada kerajaan persekutuan agar mempertimbangkan pemberian sekurang-kurangnya 20% daripada hasil cukai yang dikutip di negeri ini, untuk disalurkan kembali kepada Johor.
“Permohonan ini amat penting bagi memastikan Bangsa Johor terus mendapat limpahan manfaat hasil negeri dan memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif,” katanya ketika sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar.
Dalam pada itu, Speaker DUN Johor Puad Zarkashi bertanya mengenai jumlah sebenar permohonan cukai yang diminta, adakah 20% atau 30%?
“Mohon 20% dahulu, kalau dapat 10% pun tidak mengapa. Contoh Seri Medan meminta peruntukan RM10 juta (pembangunan) di Johor terdapat 56 DUN, bayangkan sudah hampir setengah bilion. Banyak perkara yang kita nak buat (pembangunan) di kawasan masing-masing,” katanya.
Dalam penggulungan itu, Onn Hafiz turut mengumumkan inisiatif tambahan Belanjawan Johor 2025 sebanyak RM26 juta.
Antaranya RM300,000 diperuntukkan bagi Dewan Muda Johor, sebuah platform Orang Muda Johor yang menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan polis dan tentera sebanyak RM200,000 diperuntukkan bagi Persatuan Pesara Polis dan RM200,000 diperuntukkan bagi Persatuan Pesara Tentera.
“Turut diberi peruntukan tambahan RM800,000 bagi 15 Kem Tentera di seluruh Johor. RM750,000 diperuntukkan bagi IPK dan 13 IPD di negeri Johor.
“Tidak ketinggalan peruntukan RM150,000 kepada Kelab Media Johor sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM387,987.91
Ethereum (ETH) RM6,945.60
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,639.08
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.17
BUSD (BUSD) RM4.40
Cardano (ADA) RM2.74
Solana (SOL) RM614.41
Dogecoin (DOGE) RM0.704967
Polkadot (DOT) RM16.53
Polygon (MATIC) RM0.880425
Lido Staked Ether (STETH) RM6,942.25
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM87.62