Air Selangor terpaksa menghentikan tugas LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi buat sementara pagi ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Sebanyak 472 kawasan di Selangor mengalami gangguan bekalan air susulan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.
Disebabkan insiden itu, Air Selangor terpaksa menghentikan tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi buat sementara.
Susulan itu, sebanyak 172 kawasan terjejas di Petaling, 54 di Hulu Langat, 196 di Sepang, 27 di Kuala Langat dan 23 di Putrajaya.
“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” menurutnya dalam kenyataan di media sosial pagi ini.
Pengguna disarankan merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor, seperti aplikasi dan media sosial untuk mendapatkan maklumat, atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300
Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di pusat bantuan Air Selangor di www.airselangor.com.
Senarai penuh kawasan terjejas boleh didapati di sini.
Previous articleJapan’s JGC wins 2nd floating LNG order from Petronas