Imigresen serbu penempatan warga asing Bandar Sultan Suleiman

0

Anggota imigresen membuat pemeriksaan pada warga asing dalam operasi di kawasan perumahan di Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman di Klang petang tadi. (Gambar Facebook)
KLANG: Jabatan Imigresen Selangor memeriksa kira-kira 1,700 warga asing selepas menggempur kawasan perumahan di Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman menerusi Op Bersepadu petang tadi.
Pengarah Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata kawasan perumahan membabitkan warga Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Indonesia itu diserbu hasil risikan selama tiga bulan.
“Kita mendapat banyak aduan daripada penduduk setempat dan situasi berkaitan kehadiran mereka di kawasan ini turut disebarkan menerusi media sosial.
“Pemeriksaan mendapati ada dalam kalangan mereka melakukan kesalahan antaranya tidak memiliki permit atau pas yang sah untuk tinggal di negara ini, tinggal lebih masa dan melanggar syarat permit atau pas,” katanya kepada pemberita pada operasi itu.
Beliau berkata operasi berkenaan disertai 298 anggota dan pegawai imigresen, Pasukan Gerakan Am Briged Tengah, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Bandaraya Diraja Klang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Beliau berkata proses dokumentasi warga asing itu masih dijalankan dan pihaknya belum dapat memberikan jumlah penahanan atau mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta kesalahan lain.
Terdahulu, ketika serbuan kira-kira 5 petang tadi kebanyakan warga asing berkenaan sedang menghabiskan cuti hujung minggu dengan bermain bola sepak dan membeli barang keperluan di pasar malam di kawasan perumahan itu.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada antara mereka bertempiaran melarikan diri termasuk sanggup bersembunyi di bawah kenderaan dan menggunakan alasan tertinggal bayi di rumah untuk mengelak ditahan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM390,597.15
Ethereum (ETH) RM7,184.58
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,669.62
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.26
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.82
Solana (SOL) RM618.77
Dogecoin (DOGE) RM0.724747
Polkadot (DOT) RM16.66
Polygon (MATIC) RM0.961488
Lido Staked Ether (STETH) RM7,180.48
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM89.96