Ibu, 2 anak dipercayai lemas dihanyut kepala air

0

Insiden kepala air itu berlaku di sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur, petang tadi. (Gambar bomba)
PETALING JAYA: Wanita dan dua anaknya dipercayai lemas selepas hanyut dalam insiden kepala air ketika menjala, di sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur, petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata laporan kejadian diterima menerusi panggilan MERS 999 pada 4.35 petang.
Beliau berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba Serdang serta Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) Shah Alam segera digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan kejadian dibuat mangsa yang terselamat, iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun memaklumkan isterinya yang berusia 38 tahun serta tiga anak, terdiri dua lelaki berusia sembilan dan 10 tahun dan seorang anak perempuan berusia empat tahun dihanyutkan arus deras.
“Bagaimanapun, seorang anak lelaki berusia sembilan tahun berjaya ditemui oleh orang awam dalam keadaan selamat pada 5.18 petang tadi,” katanya menurut Berita Harian.
Katanya, operasi kini menumpukan pencarian tiga mangsa yang masih hilang itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,195.99
Ethereum (ETH) RM7,751.76
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,629.65
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM9.94
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.04
Solana (SOL) RM640.73
Dogecoin (DOGE) RM0.77079
Polkadot (DOT) RM18.04
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,752.86
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM94.42