Hizbullah lancar ‘skuadron dron’ di Israel selepas serangan di Sidon

0

Serangan terbaharu Hizbullah ke atas Israel susulan pembunuhan Komander Hamas, Samer al-Hajj di Sidon, Lubnan pada Jumaat lalu. (Gambar AFP)
BEIRUT: Kumpulan pejuang Hizbullah yang disokong Iran melancarkan dron dipenuhi bahan letupan ke sebuah pangkalan tentera Israel pada Sabtu susulan pembunuhan seorang komander kanan Hamas di selatan Lubnan sehari sebelumnya.
Kumpulan itu dalam kenyataan berkata, beberapa skuadron dron sarat bahan letupan dilancarkan ke pangkalan tentera Michve Alon dekat bandar Safed di Galilee sebagai tindak balas terhadap serangan rejim Zionis di bandar Sidon, selatan Lubnan Jumaat lalu.
Pejabat media Hizbullah berkata, ini julung kali ia menyasarkan pangkalan terbabit.
Hamas dalam kenyataan dilaporkan berkata, komander kanannya, Samer al-Hajj terbunuh dalam serangan rejim Zionis ke atas sebuah kenderaan di Sidon, Jumaat lalu.
Ini serangan pertama Israel di Sidon sejak rejim Zionis menyerang Semenanjung Gaza pada 7 Okt 2023, yang turut mendorong sekutunya di Lubnan, Hizbullah memulakan serangan rentas sempadan dengan tentera Israel hampir setiap hari.
Menurut pengiraan AFP, serangan rentas sempadan selama sepuluh bulan mengorbankan kira-kira 562 orang di Lubnan, kebanyakannya pejuang dan termasuk sekurang-kurangnya 116 orang awam.
Di pihak Israel, termasuk di Bukit Golan, 22 anggota tentera dan 26 orang awam terbunuh, menurut statistik tentera.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,669.80
Ethereum (ETH) RM8,024.52
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,655.70
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.07
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.13
Solana (SOL) RM652.47
Dogecoin (DOGE) RM0.78524
Polkadot (DOT) RM18.78
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM8,017.65
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.22