Guna khidmat kami untuk hadapi tempoh kawalan, pemandu teksi beritahu kerajaan

0

Pemandu teksi berdepan masalah ketiadaan pelanggan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sehingga 14 April depan dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19.

PETALING JAYA: Langkah kerajaan melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan menyebabkan industri teksi di Malaysia hampir lumpuh.

Pengasas Big Blue, Shamsubahrin Ismail berkata, kumpulan paling teruk terjejas susulan arahan baru itu ialah pemandu teksi, termasuk perkhidmatan e-panggilan kerana ketiadaan penumpang.

“Keadaan sekarang sangat kritikal, majoriti pemandu nak beli barang dapur pun tidak ada duit,” katanya kepada FMT ketika ditanya tentang nasib kumpulan itu susulan perintah kawalan yang dilaksana bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Shamsubahrin berkata, pihaknya akur dengan keputusan dibuat kerajaan dalam mendepani Covid-19 kerana mereka tiada pilihan lain, tetapi pada masa sama memberi 2 cadangan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin supaya tidak mengabaikan nasib pemandu teksi yang terjejas.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan menggunakan khidmat pemandu teksi bagi setiap urusan penghantaran barang, termasuk misi memberi bantuan kepada golongan terjejas dalam tempoh kawalan pergerakan.

“Saya cadangkan supaya kerajaan menggunakan perkhidmatan pemandu teksi untuk membuat segala jenis penghantaran, baik ke hospital, ke rumah orang miskin dan sebagainya.

“Dengan menggunakan perkhidmatan pemandu teksi, mereka memperoleh pekerjaan sementara dan mendapat bayaran daripada kerajaan berdasarkan khidmat yang digunakan,”katanya.

Langkah kedua yang boleh dilakukan kerajaan ialah dengan memberi bantuan wang tunai minimum RM500 setiap bulan kepada pemandu teksi.

“Kerajaan sebelum ini benarkan rakyat keluarkan KWSP, tapi bagi pemandu teksi tidak semua yang ada KWSP. Kalau yang ada sedikit itupun baki pekerjaan yang mereka lakukan sebelum menjadi pemandu teksi.

Shamsubahrin Ismail

“ Jadi saya cadang kerajaan salurkan bantuan RM500 atau lebih baik RM1,000 sebulan kepada pemandu selama tempoh kawalan pergerakan,” katanya.

Katanya, 2 langkah itu sedikit sebanyak dapat membantu pemandu membeli barang keperluan asas dalam menyara keluarga kerana kebanyak mereka merupakan golongan B40.

Beliau juga berharap, kerajaan mengarahkan syarikat teksi supaya menangguhkan pungutan sewa teksi daripada pemandu dalam tempoh sekarang.

“Sekarang ini tidak ada pelanggan macam mana pemandu nak bayar sewa. Kerajaan juga perlu melihat nasib syarikat teksi yang terjejas ketika perintah kawalan, mereka juga membelanjakan kos yang tinggi dalam meneruskan operasi,” katanya.

Sementara itu Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain berkata, kerajaan perlu memberi bantuan secara “one-off”.

“Pada 26 Feb lepa,s melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh bekas perdana menteri interim, kerajaan bersetuju memberi bantuan sebanyak RM600 kepada kami secara ‘one-off’, namun sehingga ke hari ini bantuan itu masih tidak sampai kepada kami.

“Kami tidak tahu bantuan tersebut terhenti di mana,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap syarikat teksi yang terlalu menekan pemandu pada masa sukar ketika ini.

“Mereka tidak berhati perut dan tidak berperikemanusian. Kebanyakan mereka hanya memikirkan keuntungan daripada berusaha menaik taraf mutu perkhidmatan teksi, apatah lagi memikirkan kebajikan pemandu,” katanya.

Muhyiddin dijangka akan mengumumkan beberapa inisiatif baru hari ini bagi membantu golongan terjejas membabitkan peniaga kecil, termasuk pemandu teksi, susulan perintah kawalan yang dilanjutkan tempoh pelaksanaannya.

Perintah kawalan pergerakan yang bermula 18 Mac dilanjutkan sehingga 14 April dalam usaha kerajaan menangani wabak Covid-19, yang menyaksikan sehingga semalam 2,032 kes positif dengan angka kematian seramai 23 orang.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,591.04
Ethereum (ETH) RM7,848.51
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,620.14
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.75
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.04
Solana (SOL) RM650.07
Dogecoin (DOGE) RM0.78259
Polkadot (DOT) RM17.85
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,836.66
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM95.18