GRS runding agihan kerusi dengan PH bulan ini, kata Hajiji

0

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor mahu pakatan itu membuang ego memudaratkan usaha membangunkan negeri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan perbincangan dengan semua parti komponen termasuk rakan politik, Pakatan Harapan (PH) bulan ini, berkait agihan kerusi berdepan PRN Sabah, kata Hajiji Noor.

“Kita akan adakan mesyuarat nanti di pihak GRS dan Gagasan Rakyat untuk kita bincang agihan kerusi ditandingi parti kita dan kerjasama dengan parti lain terutama PH. Sabar, lama lagi ada satu tahun lagi (untuk bubar DUN),” kata pengerusi GRS itu menurut Bernama.

Ketika berucap merasmikan Konvensyen Mahasiswa GRS di Sembulan, Kota Kinabalu, beliau menasihatkan pemimpin parti komponen gabungan mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri dan mengelak melakukan perkara boleh menjejaskan usaha gabungan itu membela nasib rakyat.

Beliau berkata, pemimpin parti komponen GRS perlu sentiasa mengingati perjuangan asal gabungan itu, iaitu untuk membangunkan Sabah dan membela rakyatnya.

“Kita tidak boleh pentingkan diri kita sendiri, kita kena fikirkan dahulu rakyat kita. Kalau hanya pentingkan diri dan parti (komponen) kita, ini boleh rosakkan perjuangan kita dalam GRS. Maka, akan jejaskan usaha kita mentadbir dan bela rakyat, masih jauh lagi jalan kita, banyak lagi kita kena buat.

“Buang ego, buang fikiran yang memudaratkan usaha kita bangunkan Sabah. Itu (sebab) kita panggil kawan-kawan (parti komponen) dalam GRS supaya bersama kita bangunkan Sabah, untuk rakyat kita ini,” katanya.

Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Usno, Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), LDP, dan PCS.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,708.38
Ethereum (ETH) RM7,794.41
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,674.29
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.39
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM675.38
Dogecoin (DOGE) RM0.800237
Polkadot (DOT) RM18.93
Polygon (MATIC) RM1.09
Lido Staked Ether (STETH) RM7,784.79
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM98.75