Garis panduan kiosk ubat PPR: KPKT akan libatkan persatuan farmasi

0

Menteri Nga Kor Ming berkata kementeriannya akan mengundang Persatuan Farmasi memberikan pandangan dalam menyediakan garis panduan kiosk ubat layan diri di PPR.
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melibatkan Persatuan Farmasi Malaysia dalam penyediaan garis panduan untuk kiosk ubat layan diri di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menteri Nga Kor Ming berkata pandangan persatuan akan didengari susulan kebimbangan terhadap risiko keracunan akibat penjualan ubat tanpa kawalan.
Katanya, KPKT akan mengundang persatuan memberikan pandangan dalam menyediakan garis panduan itu, dan menambah kementeriannya juga giat berbincang dengan KKM.
“Kita kerja sebagai satu pasukan, kita akan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan, kita akan bincang dengan semua pemegang taruh, termasuk kita akan libatkan persatuan farmasi. Mungkin mereka ada idea baik yang bernas. Kita bersama bina persepsi positif,” katanya pada sidang media di KPKT.
Beliau menguals kebimbangan Persatuan Farmasi Malaysia berhubung risiko keracunan jika cadangan mewujudkan mesin ubat layan diri di laksanakan.
Presiden Amrahi Buang berkata setiap ubat yang digunakan mempunyai risiko tersendiri jika tidak diambil dengan betul dan pengguna seharusnya memahami kesan sampingan apabila memakannya; menggesa kerajaan memantapkan garis panduan penjualan ubat secara mesin layan diri di tempat awam.
KPKT sebelum ini berkata pihaknya bekerjasama dengan KKM bagi mewujudkan kiosk ubat layan diri di PPR seluruh negara untuk memudahkan penduduk mendapatkan bekalan ubat dan perubatan semasa kecemasan, khususnya ketika lewat malam.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,783.61
Ethereum (ETH) RM8,000.97
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,662.35
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.02
BUSD (BUSD) RM4.38
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM652.82
Dogecoin (DOGE) RM0.785695
Polkadot (DOT) RM18.78
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,997.73
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.09