Eqhwan dinobat CEO Perbankan Islam Terbaik

0

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AmBank Islamic Bhd, Eqhwan Mokhzanee dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Islam Terbaik Malaysia 2020 oleh Global Banking & Finance Review (GBAF) bagi tahun kedua berturut-turut.

Pengerusi AmBank Islamic, Datuk Seri Abdul Hamidy Hafiz berkata, pengiktirafan itu adalah bukti kepemimpinan beliau dalam membawa AmBank Islamic ke barisan hadapan dalam industri.

“Ambank Islamic diberi penghormatan untuk tahun kedua berturut-turut, Eqhwan dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Islam Terbaik Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, beliau yakin Eqhwan mampu mengemudi AmBank Islamic pada waktu ekonomi yang tidak menentu ini.

Sejak penubuhannya pada tahun 2011, Anugerah Perbankan dan Kewangan Dunia mencerminkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dan inspirasi yang tercetus dalam komuniti Kewangan Global.

Anugerah itu diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat-syarikat dari semua bidang yang menonjol dari segi kepakaran dan kecemerlangan tertentu dalam dunia kewangan.

Ia berkembang merangkumi perbankan, pertukaran asing, insurans, dana perlindungan nilai, dana pencen, pematuhan dan nasihat, tadbir urus korporat, pembrokeran dan pertukaran, kewangan projek, pilihan binari, pengurusan pelaburan, teknologi, pengurusan aset dan kekayaan, kewangan Islam, dana pertukaran dana, hartanah, dan tanggungjawab sosial korporat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM389,530.53
Ethereum (ETH) RM7,122.57
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,661.16
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.21
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.79
Solana (SOL) RM618.06
Dogecoin (DOGE) RM0.722619
Polkadot (DOT) RM16.57
Polygon (MATIC) RM0.953246
Lido Staked Ether (STETH) RM7,115.82
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM88.99