eConfirm.my dilancar hari ini | Harian Metro

0

PLATFORM pengesahan elektronik, ‘eConfirm.my’ yang dilancarkan secara rasmi, hari ini, dapat membantu juruaudit dan bank dalam membuat pengesahan secara meluas dalam industri.

Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Extol Corporation Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh AppAsia Berhad dalam satu kenyataan berkata, laman itu dapat meningkatkan keberkesanan dan keselamatan proses pengesahan.

Menurutnya, ia sekali gus memendekkan jangka masa pengesahan yang sebelum ini mengambil masa beberapa minggu kepada hanya beberapa hari.

“Manfaat utamanya adalah ia dapat meningkatkan kecekapan apabila proses pengesahan elektronik menggantikan prosedur sedia ada yang memerlukan borang fizikal.

“Juruaudit, kakitangan bank dan pihak berkaitan dapat mengurangkan proses secara manual, mengelak duplikasi dan mempercepatkan pengesahan,” katanya.

Setiap transaksi dikenakan caj RM15 (tidak termasuk cukai perkhidmatan) bagi setiap pengesahan menerusi platform ini.

Kenyataan itu berkata, platform ini menyasarkan 1.3 juta syarikat sendirian berhad dan berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ia dalam mendapatkan pengesahan baki penyata kewangan di institusi kewangan berdaftar di negara ini.

Pengerusi AppAsia Berhad, Rahadian Mahmud berkata, perkhidmatan platform itu juga dapat mengelak daripada maklumat diterima oleh pihak yang tidak berkenaan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,483.69
Ethereum (ETH) RM7,962.75
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,684.34
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM10.01
BUSD (BUSD) RM4.39
Cardano (ADA) RM3.11
Solana (SOL) RM668.18
Dogecoin (DOGE) RM0.808174
Polkadot (DOT) RM18.05
Polygon (MATIC) RM0.979159
Lido Staked Ether (STETH) RM7,952.34
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM99.98