Dr M sasaran siasatan SPRM, kata anak

0

Mokhzani dan abangnya, Mirzan berkata, mereka menjadi saksi siasatan agensi antirasuah itu.
KUALA LUMPUR: Dua anak Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka diarahkan oleh agensi antirasuah untuk membantu siasatan terhadap bapa mereka, mendedahkan buat kali pertama bahawa sebuah siasatan yang telah dijalankan selama berbulan-bulan menyasarkan bekas perdana menteri berusia 98 tahun itu.
“Bapa saya ialah suspek utama (siasatan),” kata Mokhzani, 63, dalam temu bual pada Sabtu lepas.
“Kami menjadi saksi kepada apa yang sedang disiasat (agensi antirasuah).”
Pada Januari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Mokhzani dan abangnya, Mirzan, 65, mengisytiharkan harta mereka sejak 1981, ketika Mahathir mula-mula dilantik menjadi perdana menteri.
Arahan itu adalah sebahagian daripada siasatan berhubung rekod perniagaan luar pesisir yang didedahkan oleh sebuah konsortium wartawan, kata SPRM pada masa itu, tanpa menyebut sasaran utamanya ialah Mahathir.
Jurucakap SPRM berkata, pihaknya tidak dapat mengulas mahupun mengesahkan komen Mokhzani, sementara pejabat Mahathir belum menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.
Mokhzani dan Mirzan sedang membantu dalam siasatan tersebut, tetapi tugas itu membebankan dan mengambil masa, kata mereka. Kedua-duanya diberi dua lanjutan tarikh akhir sejak Februari untuk mematuhinya.
SPRM bagaimanapun tidak memberi mereka sebarang butiran berhubung siasatan ke atas Mahathir, menurut Mokhzani.
“Kami ada bertanya, ‘Siasatan ke atas bapa saya ini tentang apa?’, mereka tidak dapat memberi kami maklumat itu,” katanya.
“Boleh bayangkan atau tidak, anda diminta beri maklumat yang akan digunakan untuk mendakwa bapa anda?”
Anwar Ibrahim, yang menjadi perdana menteri pada 2022, ialah bekas anak didik Mahathir yang pada mulanya dilihat sebagai penggantinya, namun kemudian hubungan mereka menjadi renggang.
Mahathir memecat Anwar daripada semua jawatan kerajaan pada 1998 dan Anwar kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan liwat, yang dinafikannya.
Perkembangan itu mengejutkan negara dan mengangkat Anwar sebagai tokoh pembangkang yang mendesak reformasi demokrasi.
Kerajaan Anwar berdepan kritikan daripada parti pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil tahun lepas selepas peguam negara menarik balik 47 tuduhan jenayah terhadap Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Anwar menafikan beliau campur tangan dalam kes itu mahupun dalam siasatan SPRM.
Pejabat Anwar enggan mengulas perkara ini.
Mahathir, yang memimpin Malaysia selama hampir suku abad berkata ketika sidang media pada Januari – sebelum Mokhzani diarah mengisytiharkan hartanya – siasatan melibatkan Mirzan bermotifkan politik.
Anak-anak Mahathir berkata, mereka sedang dalam proses memfailkan pengisytiharan harta dengan bantuan setiausaha syarikat dan akauntan.
Pada 1981, Mokhzani masih seorang pelajar di United Kingdom, dan beliau berkata, hampir mustahil untuk mengesan hartanya sejak itu. Tambahan, semua rekod dalam bentuk fizikal, bukan digital.Stay current – Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
SPRM juga sedang menyiasat Daim Zainuddin, bekas menteri kewangan dan pembantu Mahathir. Beliau dan isterinya, Naimah Khalid, didakwa pada Januari kerana tidak mengisytiharkan harta, termasuk bangunan 60 tingkat, Menara Ilham di Kuala Lumpur yang disita pada Disember.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM403,065.88
Ethereum (ETH) RM7,565.47
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,684.74
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.52
BUSD (BUSD) RM4.42
Cardano (ADA) RM2.90
Solana (SOL) RM640.54
Dogecoin (DOGE) RM0.766469
Polkadot (DOT) RM17.28
Polygon (MATIC) RM0.953448
Lido Staked Ether (STETH) RM7,561.82
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM95.82