Dolla kini ‘trending’ di YouTube dan Twitter

0

Dolla dikatakan jelmaan BLACKPINK dan pernah meraih perhatian media antarabangsa terutama di Korea Selatan.

Kuala Lumpur: Hanya sehari dilancarkan video muzik lagu baharu kumpulan Dolla berjudul Impikan telah mencatat ‘trending’ dan kini berada di nombor dua di platform YouTube Malaysia.

Malah, Dolla yang dianggotai empat wanita jelita iaitu Sabrina atau Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya juga ‘trending’ di Twitter, menganggap pencapaian tersebut di luar jangkaan mereka.

Sabronzo ketika dihubungi berkata mereka terkejut dan tidak menyangka dengan sambutan baik yang diterima dalam tempoh sehari video muzik lagu Impikan dilancarkan, termasuk reaksi dibuat oleh Youtuber Malaysia dan dari luar negara terhadap single itu.
“Memang kami tak duga langsung sambutan diterima sangat baik dan positif. Apapun, kami (Dolla) sudah membuat yang terbaik untuk lagu dan video muzik single Impikan ini.

“Bahkan, untuk lirik lagu versi bahasa Inggeris berjudul “Watch Me Glow” juga diterima positif. Sekali gus, impian Dolla dengan menghasilkan dua versi single ini dapat memperkenalkan kami ke peringkat lebih jauh di dalam dan luar negara.

“Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong Dolla. Kami kini lebih bersemangat dan teruja untuk menghasilkan karya-karya lagu berkualiti serta ada potensi hingga ke tahap antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, Dolla sebelum ini pernah meraih perhatian media antarabangsa terutama di Korea Selatan selepas dikatakan jelmaan BLACKPINK, ditambah mereka semakin popular dengan single pertama berjudul Make You Wanna.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,304.53
Ethereum (ETH) RM8,011.00
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,641.51
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.02
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM3.13
Solana (SOL) RM651.98
Dogecoin (DOGE) RM0.784102
Polkadot (DOT) RM18.60
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM8,004.52
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM96.87