Ditahan bersama pistol dan dadah, bekas pembantu penyelidik direman 6 hari

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata suspek kini direman enam hari bagi siasatan lanjut bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik yang ditahan Jumaat lalu direman enam hari bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata polis menemui dua pucuk pistol tiruan dan satu ketulan mampat disyaki ganja dalam kenderaan lelaki tempatan itu yang ditahan di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

“Suspek kini direman enam hari bagi siasatan lanjut bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menurut Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan bekas pembantu penyelidik Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu untuk membantu siasatan atas dakwaan memiliki dadah dan pistol.

Peguamnya, Rafique Rashid dilaporkan berkata, anak guamnya ditahan sepasukan anggota polis di Kuala Lumpur pada 9.30 pagi hari itu, susulan penemuan dua pucuk pistol dan dadah disyaki ganja seberat 350g dalam kereta dinaikinya.

Menurutnya, Yusoff sudah menjelaskan kepada pihak berkuasa bahawa pistol dan dadah disyaki ganja itu bukan miliknya serta dia tiada kena-mengena dengan barangan terlarang berkenaan.

Katanya, ujian saringan air kencing anak guamnya juga negatif.

Source link

bekas pembantu penyelidikDadahdiremanditahankeretapistolYusoff Rawther
Comments (0)
Add Comment