Customize Robot Sumo in Malaysia (1kg Sumo Robot) Unseen Hobby – For Education & Competition

0



#UnseenHobby
“Robotics, for education & competition”

Dalam video ni saya mencuba pengaturcaraan (program) Arduino yang baru saya buat di robot sumo 1kg ni. Robot ni projek lama, tergendala sebab PKP dulu, motor driver #cytron pun out of stock je. Jadi tahun ni competition sudah mula diadakan semula, kita pun rancak kan lah semula projek ni.

Objektif projek ni sebenarnya saya cuba bina dan mereka (design) sebiji robot untuk kegunaan pembelajaran STEM (education) dan pertandingan yang menggunakan komponen elektronik dan bahagian mekanikal yang ada dalam pasaran malaysia sahaja. Dalam masa sama mengekal/menambah performance robot supaya jadi lebih baik.

Ini kerana banyak pemain robot sumo di malaysia terpaksa bergantung dengan komponen dan alat ganti dari negara turkiye #jsumo dimana korang semua tahu shipping cost agak tinggi.

Dalam video ni saya uji lari (test run) robot dengan beberapa penambahbaikan dalam pengaturcaraan (programming), pendawaian (wiring) dan kestabilan robot (CG). Antara benda yang tambah:

1. Taktikal
-Ada penambahan bilangan taktikal dan fungsi dip switch.

2. Start remote.
-Pengguna boleh mengaktifkan robot (start) menggunakan micro start #jsumo atau switch atau apa apa digital signal (0,1 @ HIGH,LOW) pada pin yang sama (pin 11) tanpa ubah apa apa programming.

-Pengguna juga boleh menggunakan pin yang sama (pin 11) untuk mengaktifkan robot menggunakan remote RC (flysky fsi6 etc) atau apa apa remote yang menggunakan RC PWM signal dengan mengubah hanya 1 baris programming sahaja.

3. Penggunaan function delay dalam Arduino
– Penggunaan function delay sangat minimalis. Mungkin tidak digunakan dalam update yang akan datang.

4. Servo Flag
– Program dan pin untuk servo flag ditambah. Tapi dalam video ni tak tunjuk.

5. Fine tuning
– Memudahkan penggunakan buat fine tuning dalam program.

Tayar silikon saya ada buat tahun 2019 dulu, cuma tak buat dalam kuantiti yang banyak lagi. in sha allah tahu 2022 ni saya cuba buat balik.

**Android apps untuk robot sumo ni dalam pembikinan lagi. Kalau takda apa apa masalah dalam beberapa bulan akan datang ni saya akan release simple apps dahulu (beta version). Apps digunakan untuk pre run checking contoh sensor checking, motor testing, input signal dari micro start/switch/remote testing dan lain lain fungsi lagi. Apps akan di update dari masa ke semasa!!

Komen murni murni je supaya saya terus bersemangat teruskan projek ni.

Unseen Hobby
“Robotics, for education & competition”

Like page fb dan subscribe channel saya tanda support saya!!

FB :
YT : www.youtube.com/zakizakaria
Shopee :

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM390,896.86
Ethereum (ETH) RM7,196.08
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,670.20
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.26
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.82
Solana (SOL) RM618.81
Dogecoin (DOGE) RM0.724796
Polkadot (DOT) RM16.70
Polygon (MATIC) RM0.947952
Lido Staked Ether (STETH) RM7,189.87
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM89.96