#BuletinBernama : Malaysia belum lagi merancang untuk melaksanakan ‘exit strategy’ atau pelan pasca krisis COVID-19 walaupun jumlah kes positif sudah menunjukkan trend penurunan kepada dua angka setakat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memantau trend perkembangan COVID-19 termasuk kluster baharu.