Covid-19 buka peluang kepada ekonomi APEC

0

Kuala Lumpur: Pandemik Covid-19 yang sudah memberikan kesan buruk terhadap ekonomi, sebenarnya turut membuka peluang baharu kepada anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk memanfaatkan naratif semasa dalam menjalankan perniagaan serta pelaburan ke atas trajektori yang diperbaharui.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Bahria Mohd Tamil berkata, pandemik itu sudah mencabar semua pihak berkepentingan untuk berfikir dengan lebih mendalam mengenai peranan yang dimainkan oleh komuniti perniagaan dan pelaburan dalam masyarakat, alam sekitar serta pembentukan dasar pada masa hadapan yang perlu mengambil kira keperluan untuk model perniagaan yang bertanggungjawab dan inklusif.

“Malaysia berpendapat sudah ada peluang untuk APEC mengemukakan strategi Perniagaan serta Pelaburan Inklusif dan Bertanggungjawab (IRBI) yang lebih mantap di tengah-tengah rancangan selepas 2020 dan pasca pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau dalam ucapan perasmian di Dialog Awam-Swasta APEC mengenai Perniagaan serta Pelaburan Inklusif dan Bertanggungjawab di sini, semalam. Bahria berkata, sejak beberapa dekad lalu, banyak perniagaan termasuk institusi pelaburan sudah mengambil langkah progresif dalam meneroka model perniagaan baharu yang merangkul prinsip IRBI.

“Malahan, terdapat peningkatan minat dalam kalangan perniagaan dan institusi pelaburan untuk menerima Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan menetapkan idea itu dalam DNA perniagaan mereka,” katanya.

SDG telah mewujudkan peluang pasaran bernilai AS$12 trilion (US$1=RM4.15) dalam banyak sektor ekonomi, termasuk makanan dan pertanian, bandar, tenaga, kesihatan serta kesejahteraan, katanya yang memetik laporan Suruhanjaya Pembangunan Mampan dan Perniagaan 2017.

Dialog semalam membincangkan pautan antara komitmen global dalam merealisasikan SDG dan minat yang semakin meningkat dalam kalangan perniagaan serta ekonomi APEC mengenai kepentingan perlindungan alam sekitar, nilai sosial yang baik dan tadbir urus korporat atau yang dikenali sebagai tonggak ESG.

“ESG, SDG atau faktor vernakular IRBI kita sendiri sudah terbukti berperanan penting dalam meramalkan pulangan kewangan, oleh itu ia tidak boleh diabaikan apabila mempertimbangkan keputusan pelaburan,” kata Bahria.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Source link

    Leave A Reply
    Bitcoin (BTC) RM412,589.98
    Ethereum (ETH) RM7,894.83
    Tether (USDT) RM4.37
    BNB (BNB) RM2,638.29
    USDC (USDC) RM4.37
    XRP (XRP) RM9.84
    BUSD (BUSD) RM4.37
    Cardano (ADA) RM3.08
    Solana (SOL) RM655.71
    Dogecoin (DOGE) RM0.791347
    Polkadot (DOT) RM17.98
    Polygon (MATIC) RM1.05
    Lido Staked Ether (STETH) RM7,883.33
    Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
    Dai (DAI) RM4.37
    TRON (TRX) RM1.09
    Avalanche (AVAX) RM95.97