Chowrasta Pulau Pinang | Penang, Malaysia
Mesti ramai yang rindu suasana dan jalan2 shopping sini kan??
Chowrasta Road is a narrow two-way road within George Town’s UNESCO World Heritage Site. It is particularly famous for the Chowrasta Market, from where market vendors spill out onto the road every morning. It runs from northwest to southeast between Penang Road and Jalan Kuala Kangsar.
GEORGE TOWN: Derap langkah ratusan pemilik gerai mula membanjiri Pasar Chowrasta seawal pagi, setia menanti pelanggannya di lokasi tumpuan ramai itu sejak seabad lalu.
Bahagian hadapan pasar kelihatan ayam dan daging segar bergantungan, sementara di bahagian belakangnya pula penuh dengan sayuran hijau.
Di celah-celah kesibukan Jalan Chowrasta, tersembunyi kedai-kedai lama berusia puluhan tahun termasuk kedai pembuat kulit popiah tradisional mempertahankan perniagaan keluarga yang diwarisi sejak beberapa generasi.
Di seberang pasar itu pula, resipi teh halia rahsia yang diturunkan seorang datuk berasal dari Sri Lanka kepada cucu-cucunya telah menghangatkan penduduk tempatan sejak tahun 1942.
Terkenal sebagai antara pasar tertua di Malaysia, hakikat bahawa ia jauh lebih tua daripada beberapa kota dan bandar di negara ini agak mengejutkan.
Pada pertengahan abad ke-19, Pasar Chowrasta pertama kali dihuni oleh tahanan dan bekas banduan, namun bekas banduan ini mula menjual hasil segar seperti sayur-sayuran, dan ikan untuk mencari rezeki yang halal.
Mereka kemudiannya disertai etnik Tamil yang berhijrah dari Tamil Nadu, India dan terus mendiami kawasan tersebut.
asar setingkat itu dibina pada tahun 1890 oleh Majlis Perbandaran George Town, diikuti pembinaan tingkat kedua pada tahun 1961, menjadikannya bangunan pertama di Pulau Pinang yang mempunyai eskalator.
Menjelang abad ke-20, pedagang China juga mula menjual barangan di Chowrasta. Sebaik aktiviti perniagaan melimpah ke luar, peniaga mula membanjiri jalan-jalan yang mengelilingi pasar tersebut hingga lama-kelamaan menjadi sebahagian daripadanya.
Turut dikenali sebagai ‘Pasar Pencuri’, nama Chowrasta mempunyai asal usul yang cukup menarik. Bukan kerana ‘mengunyah’ makanan enak di pasar tersebut, sebaliknya ia berasal dari istilah chowk dalam bahasa Hindi yang bermaksud pasar jalanan.
Dalam bahasa Urdu, perkataan Chowrasta bermaksud persimpangan jalan sama seperti Penang Road, Chowrasta Road, Kuala Kangsar Road dan Tamil Street yang mengelilingi Pasar Chowrasta.
#chowrasta #penang #pulaupinang #malaysia #jalanjalan #welcometopenang #welcome #travel #trending