Calon PAS seiring kerajaan negeri, mudah salur peruntukan, pembangunan kalau menang Nenggiri

0

Calon PAS Mohd Rizwadi Ismail boleh selesaikan isu berbangkit terus dengan kerajaan negeri jika menang, menurut Tuan Ibrahim Tuan Man.

GUA MUSANG: PAS mendakwa kemenangan calonnya Mohd Rizwadi Ismail pada PRK 17 Ogos ini akan memudahkan proses pengurusan dan pembangunan di DUN Nenggiri kerana pentadbiran negeri itu dikuasai parti terbabit.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata manfaat bakal dinikmati termasuk penyaluran peruntukan dan projek pembangunan oleh kerajaan negeri diketuai Menteri Besar Nassuruddin Daud.

“Macam calon sebut mahu jaga soal kebajikan dan kemasyarakatan selain isu berbangkit lain boleh terus dengan kerajaan negeri.

“Jadi pengundi boleh manfaatkan kedudukan beliau sebagai Adun (nanti) selaras pentadbiran kerajaan negeri,” katanya pada sidang media Perikatan Nasional (PN).

Ketika ini gabungan PAS dan Bersatu di bawah Perikatan Nasional (PN) menguasai 43 daripada 45 DUN Kelantan dengan Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) hanya menang di Kota Lama dan Galas.

Daripada 43 kerusi itu, PAS menguasai 40 berbanding tiga Bersatu termasuk di Nenggiri sebelum dikosongkan apabila penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim terlucut keahlian Bersatu selepas mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada PRN tahun lalu, Azizi menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Umno, bekas Adun kawasan itu dalam persaingan satu lawan satu dengan majoriti 810 undi.

Mohd Rizwadi dari Bersatu yang bertanding menggunakan logo bulan PAS akan berdepan calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Beliau sebelum ini adalah bekas timbalan ketua pemuda PAS Gua Musang.

Sementara itu Ahmad Faizal turut memaklumkan tidak timbul lagi bekas ahli PAS bertanding mewakili Bersatu kerana Rizwadi mewakili PN.

“Saya timbalan presiden Bersatu saya pakai baju PAS, Bersatu dan PAS hubungan kami akrab, kami adalah PN,” katanya.

Pada PRN tahun lalu, Azizi menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Umno, bekas Adun kawasan itu dalam persaingan satu lawan satu dengan majoriti 810 undi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,856.53
Ethereum (ETH) RM7,757.74
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,630.69
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.70
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM3.21
Solana (SOL) RM666.38
Dogecoin (DOGE) RM0.795903
Polkadot (DOT) RM18.53
Polygon (MATIC) RM1.10
Lido Staked Ether (STETH) RM7,744.92
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.79