Cadangan hidup semula MN perlu dibincangkan pimpinan PN, Razali beritahu PAS

0

Muafakat Nasional (MN) digagaskan ketika Umno dan PAS dalam blok pembangkang sebagai penyatuan ummah pasca PRU14 dimenangi Pakatan Harapan.
PETALING JAYA: Sebarang rundingan oleh PAS untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) perlu dibincangkan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris.
Menurutnya, setakat ini perkara dibangkitkan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menerusi media minggu lalu itu tidak pernah dibincangkan.
Razali Idris .
“Kita tidak pernah bincang soal itu. Apa pun ini hal dasar yang mesti diputuskan di peringkat majlis pimpinan tertinggi kedua-dua parti dan juga PN.
“Setakat ini, kita belum menerima apa-apa cadangan atau undangan bekerjasama,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Minggu lalu, Hashim berkata beliau “yakin” ada perbincangan secara tidak langsung antara pimpinan PAS dengan Umno bagi menghidupkan MN digagaskan ketika keduanya dalam blok pembangkang sebagai usaha penyatuan ummah pasca PRU14 dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, pemimpin Umno Puad Zarkashi menegaskan parti itu “menutup buku” yang bagaimanapun tidak dianggap sebagai pengakhiran oleh Hashim kepada usaha perpaduan ummah bawah MN.
PAS dan Umno sebelum ini saling menuduh mengabaikan piagam MN yang diasaskan mereka, hampir lima tahun lalu.
Hubungan dua parti itu tegang apabila PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu sekali gus mahukan parti serpihan Umno itu turut menyertai MN.
Umno membantah keras tindakan PAS itu kerana melihat Bersatu sebagai pengkhianat yang berusaha “membunuhnya”.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,995.49
Ethereum (ETH) RM7,955.39
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,626.08
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM9.95
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM3.10
Solana (SOL) RM645.68
Dogecoin (DOGE) RM0.777197
Polkadot (DOT) RM18.41
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,945.44
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM96.07