#Rusty Factory #AMD #CustomBike
Satu lagi sejarah bakal terukir dengan penyertaan anak tempatan yang berasal dari Ipoh Perak ke ‘AMD World Championship of Custom Bike Building’ di Cologne, Jerman pada Oktober nanti.
Saudara Mohammad Khalid Musa (Arlip) dari Rusty Factory akan terbang bersama motosikal kustom yang diberi nama ‘White Angel’ yang bernadikan enjin BMW R75 tahun 1972.
Lebih 70 buah motosikal dari 20 buah Negara akan bertanding di AMD 2020 (Aftermarket Moto Design) dan Malaysia akan menghantar 2 orang peserta iaitu Saudara Arlip – Rusty Factory dan juga abang otai Omar Jumiran – Eastern Bobber (kali ke-2 ke AMD) yang akan membawa motosikal kustom yang diberi nama ‘ORCA’.