Bekas senator Zainal Rampak meninggal dunia

0

‘Bapa Pekerja Malaysia’ Zainal Rampak meninggal dunia pada usia 84 tahun di Hospital Selayang hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Bekas senator Dewan Negara Zainal Rampak yang juga bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 84 tahun.
Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor memaklumkan, Zainal menghembuskan nafas terakhir pada 2.30 pagi di Hospital Selayang, dipercayai akibat sakit tua.
Anak jati Tanjung Keling, Melaka itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya di Selangor pagi ini.
Kamarul Baharin berkata, Zainal menetapkan standard yang tinggi bagi barisan kepimpinan MTUC dengan ketegasannya dalam isu berkaitan pekerja.
“Beliau amat prihatin dengan nasib pekerja, mendedikasikan hidupnya memperjuangkan hak pekerja, dan tidak gentar bersuara jika ada pekerja ditindas,” katanya kepada Bernama.
“Dalam ketegasan itu beliau juga seorang yang sangat empati dan bertimbang rasa terhadap pekerja. Beliau sentiasa bersedia meluangkan masa bertemu pihak berwajib (jika timbul sebarang isu), selain memastikan tindakan sewajarnya dibuat secepat mungkin.”
Kamarul Baharin berkata, perjuangan Zainal dalam isu pekerja juga dipanjangkan ke Dewan Negara apabila beliau mengangkat sumpah sebagai senator pada Disember 1998.
Zainal, yang menjadi senator sehingga 2005, merupakan presiden MTUC kedua menjadi senator selepas SPS Nathan yang dilantik pada 1963.
Zainal, digelar ‘Bapa Pekerja Malaysia’, berkhidmat sebagai presiden MTUC selama 18 tahun bermula 1986.
Beliau turut menganggotai badan pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari 2000 hingga 2004 dan menjadi pengerusi Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa bagi rantau Asia Pasifik dari 2001 hingga 2009.
Selain itu, Zainal memegang jawatan setiausaha agung Majlis Kesatuan Sekerja Asean dari 1996 hingga 2004.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM412,576.85
Ethereum (ETH) RM7,891.03
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,658.45
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.42
Cardano (ADA) RM3.10
Solana (SOL) RM652.08
Dogecoin (DOGE) RM0.794269
Polkadot (DOT) RM18.72
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM7,883.16
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.10
Avalanche (AVAX) RM96.19