Barangan persekolahan jadi pilihan jualan 12.12 Shopee

SHOPEE mencatatkan empat kali ganda jumlah barangan dijual pada jam pertama jualan 12.12 ulang tahunnya berbanding kempen sama tahun lalu.

Shopee dalam kenyataan berkata, aktiviti membeli-belah melonjak pada tengah malam 12 Disember dengan produk rumah serta kediaman, barangan runcit, kesihatan dan kecantikan menjadi barangan yang paling banyak dibeli dalam tempoh lapan jam pertama jualan.

Katanya, pengguna juga dilihat mengambil peluang berkenaan untuk menambah stok barangan keperluan, terutamanya makanan.

“Memandangkan usaha tinggal di rumah diteruskan, rakyat Malaysia didapati membeli lebih 200,000 unit makanan ringan dalam tempoh lapan jam pertama pada 12 Disember.

“Sementara itu, Milo terus menjadi minuman malt coklat kegemaran rakyat Malaysia dengan dua unit dijual pada setiap saat,” katanya.

Sementara itu, pengguna di kalangan ibu bapa dilihat membeli barangan persekolahan sebagai persediaan menghadapi tahun baharu, dengan lebih 190,000 barangan alat tulis dijual di Shopee.

Lebih 53,000 unit seragam sekolah, beg, kasut, kotak pensel dan pelbagai kelengkapan persekolahan dijual secara keseluruhan.

Di samping itu, pembeli lelaki dan wanita dilihat membeli-belah untuk keperluan kesihatan dan kecantikan, dengan barangan penjagaan kulit serta gincu menjadi sangat popular di mana lebih daripada 210,000 barangan dan 37,000 unit dijual.

“Rakyat Malaysia dilihat berebut bagi mendapatkan tawaran terbaik dalam sambutan Hari Ulang Tahun Shopee yang kelima, yang mana, seorang pengguna telah membuat 180 pesanan pada pagi 12 Disember,” katanya.

Source link

Malaysia
Comments (0)
Add Comment