Bank Rakyat kekang insiden kemungkinan ketirisan data

0

Bank Rakyat mengingatkan pelanggan yang mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan segera menghubungi pusat panggilannya di 1300 800 800 atau 03 55269200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bank Rakyat memberi jaminan kepada pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan semua operasi perniagaannya kekal berfungsi sepenuhnya susulan kemungkinan ketirisan data melibatkan sistem perbankan itu.

Katanya, menerusi usaha proaktif yang diambil, insiden kemungkinan ketirisan data berjaya dikawal.

“Integriti dan keselamatan data pelanggan kekal keutamaan. Bank Rakyat kekal komited terhadap ketelusan dan telah memaklumkan pelanggan dengan sewajarnya.

“Di samping itu, kami turut menasihatkan pelanggan sentiasa berwaspada terhadap taktik pancingan data dan kaedah penipuan berpotensi lain,” katanya dalam kenyataan.

Bank itu berkata, sebagai tindak balas terhadap ketirisan itu pihaknya melaporkan insiden kepada pihak berkuasa.

Melalui SMS dihantar kepada pengguna semalam, Bank Rakyat memaklumkan terdapat kemungkinan isu berkaitan kebocoran data yang dikesan dalam sistem perkhidmatannya.

“Wujud kemungkinan isu berkaitan data yang dikesan dalam sistem kami. Tahap keselamatan dan penambahbaikan sistem sedang giat dipertingkatkan. Sekiranya anda mengalami sebarang permasalahan atau terdapat transaksi yang diragui, segera hubungi pusat panggilan Bank Rakyat,” menurut SMS itu.

Sementara itu, Bank Rakyat mengingatkan pelanggan yang mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan segera menghubungi pusat panggilannya di 1300 800 800 atau 03 55269200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM397,649.06
Ethereum (ETH) RM7,241.13
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,680.29
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.39
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.87
Solana (SOL) RM631.15
Dogecoin (DOGE) RM0.742452
Polkadot (DOT) RM16.84
Polygon (MATIC) RM0.959006
Lido Staked Ether (STETH) RM7,233.85
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM90.84