Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan naik sedikit

0

Seramai 307 mangsa daripada 59 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara di Muallim malam tadi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kelantan yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sedikit meningkat malam tadi manakala di Perak pula situasi bencana itu bertambah baik dan jumlah mangsa di Johor kekal tidak berubah.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 38 orang daripada 10 keluarga setakat jam 8 malam, berbanding 31 orang pada pagi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa adalah dari Pasir Mas dan kini ditempatkan di PPS SK Gual Tok Deh.

Sementara itu, portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi tahap bahaya tetapi menunjukkan trend menurun kepada 9.39m.

Di Perak, mangsa banjir malam tadi berkurangan kepada 307 mangsa daripada 59 keluarga, berbanding 399 mangsa daripada 86 keluarga pagi tadi dan mereka ditempatkan di PPS Dewan Kampung Asli Chinggung di Muallim.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Perak memaklumkan bahawa PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah, yang sebelum ini menempatkan 21 mangsa, ditutup sepenuhnya pada pukul 2 petang semalam.

Di Johor, jumlah mangsa banjir kekal seramai 69 orang daripada 17 keluarga sejak jam 8 pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Dr Azmi Rohani memaklumkan semua mangsa terjejas masih berada di dua PPS yang beroperasi di Kota Tinggi.

“Sebanyak 42 orang daripada 12 keluarga berlindung di PPS SK Gembut, manakala 27 orang daripada lima keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Perpat. Selain itu, hanya stesen Sungai Simpang Kanan di Parit Belemam, Batu Pahat, merekodkan paras amaran dengan bacaan 2.31m,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa keadaan cuaca diramalkan cerah di enam daerah, manakala Pontian, Segamat dan Kulai dijangka mendung dan Batu Pahat pula diramalkan hujan pada malam ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM390,266.58
Ethereum (ETH) RM7,175.98
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,668.57
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.26
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.82
Solana (SOL) RM617.01
Dogecoin (DOGE) RM0.724862
Polkadot (DOT) RM16.62
Polygon (MATIC) RM0.959451
Lido Staked Ether (STETH) RM7,167.39
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM89.91