Banjir di Terengganu pulih, 2 PPS terakhir ditutup

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri memaklumkan PPS Masjid Kampung La dan Dewan Terbuka Kampung Belaoh di Besut ditutup 10 pagi tadi. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri memaklumkan PPS Masjid Kampung La dan Dewan Terbuka Kampung Belaoh di Besut ditutup 10 pagi tadi.
Menurutnya, semua 44 mangsa daripada 12 keluarga di dua PPS itu dibenarkan pulang selepas banjir di rumah mereka surut dan cuaca kembali cerah hari ini.
Bagaimanapun, penduduk di Terengganu diingatkan terus berjaga-jaga dan peka dengan perubahan cuaca memandangkan musim monsun timur laut belum berakhir.
Banjir gelombang ketiga di Terengganu yang bermula Ahad lepas (29 Dis) menyaksikan lebih 400 mangsa dipindahkan ke PPS di tiga daerah terjejas, iaitu Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman.

Source link

banjirPPSpulihTerengganututup
Comments (0)
Add Comment