Macam mana website ini boleh jana 1.5 juta USD dengan affiliate marketing? Jom kita tengok.
Michelle merupakan pengasas website ini. Michelle mula Making Sense of Cents untuk mendokumentasikan perjalanan beliau menuju kebebasan kewangan (contohnya – beliau berjaya melangsaikan pinjaman pelajar sebanyak $38,000 dalam masa 7 bulan) dan untuk berkongsi tip mengenai kewangan peribadi serta cara menjana pendapatan.
Apakah model pendapatan beliau? Macam mana Michelle jana duit?
Affiliate marketing
Sponsored post
Dan juga menjual kursus
Model pendapatan ini adalah sangat umum untuk menjana duit dan bukan sesuatu yang baru.
Michelle memulakan website ini pada tahun 2011, 13 tahun yang lalu.
Soalan di sini adalah, bolehkah kita menggunakan cara yang sama untuk menjana duit? Di mana kita set up sebuah website dan mula menulis blog?
Pada tahun 2023, Google mendominasi pasaran enjin carian di Malaysia dengan sekitar 97 peratus saham pasaran. Dan ini juga bermaksud, kebanyakan daripada kita menggunakan Google untuk mencari maklumat.
Tetapi, adakah membina website sendiri merupakan cara yang terbaik untuk memulakan perniagaan ini?
Kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa perkara ini sebelum membina website kita:
Target audience. Inilah yang paling penting. Tak kira apa perniagaan yang anda mulakan, anda mesti tahu siapakah target audience anda. Dan adakah audience ini akan menggunakan Google untuk mencari perkara yang anda nak promosikan.
Secara purata, website baru jika anda mengikuti amalan terbaik, ia boleh di-crawl dalam tempoh 4-7 hari, dan ini juga bermaksud website anda boleh ditemui oleh pengguna yang sedang mencari maklumat yang berkaitan dengan blog anda.
SEO – iaitu search engine optimization. Anda mesti belajar Google SEO supaya website anda boleh berada di kedudukan lebih tinggi di Google.
Jika anda membina website untuk memulakan perniagaan anda, 3 perkara ini mesti anda tahu terlebih dahulu. Kos untuk membina sebuah website sebenarnya tidak tinggi.
Anda perlu 3 perkara: 1 domain, 1 hosting sahaja.
Domain, setahun sekitar seratus ringgit, sama juga dengan hosting. Memang tidak mahal.
Jenis affiliate apa yang sesuai untuk website?
Affiliate marketing dengan nilai tinggi. Pada pendapat saya, jika produk affiliate yang anda jual adalah sesuatu yang mahal dengan komisen tinggi, barulah berbaloi untuk anda membina website sendiri. Shopee affiliate, Lazada affiliate semua itu memang tidak perlu membuang masa untuk membina website, kecuali barang yang harganya mahal.
Apa yang berbaloi? Seperti Ringgit Plus, tiket penerbangan, produk kewangan, semua ini boleh dipertimbangkan untuk digunakan dalam promosi website.
Contoh lain untuk anda, NerdWallet. Inilah contoh yang sangat hebat. NerdWallet membina perniagaan affiliate mereka sehingga ke tahap disenaraikan di Nasdaq dengan nilai pasaran sebanyak 1.01 bilion USD. Di Malaysia agak susah untuk mencapai tahap ini kerana populasi yang tidak cukup besar.
NerdWallet bermula dengan affiliate untuk produk kewangan – pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan, dan banyak lagi.
Affiliate marketing ini memang sudah lama di pasaran, tetapi kebanyakan kita hanya tahu tentang affiliate TikTok, Shopee affiliate. Namun sebenarnya, affiliate ini memang boleh menjana jutaan ringgit dengan software, produk kewangan, dan banyak lagi.
Okey, sampai sini sahaja perkongsian saya. Ada soalan? Komen di bawah video ini.
■👉■《Founder Bisness Masterclass》
Kelas terkini saya untuk usahawan yang nak mula bisness
■👉《Team Business Weng Honn Telegram》
■☀Follow Youtube Channel The Mind Of A CEO (Untuk Usahawan shj!)
👉
#wenghonn