Amaran ribut petir di enam negeri petang ini

MetMalaysia keluar amaran ribut petir di enam negeri apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri sehingga 6 petang ini.

Menerusi kenyataan di media sosial jabatan itu, Sarawak dijangka paling terjejas, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri

Negeri lain ialah Kedah melibatkan daerah Sik, Baling dan Kulim; selain Hulu Perak (Perak); Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan); Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu); serta Jerantut dan Kuantan (Pahang).

MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Source link

amaran ribut petirhujanmetmalaysia
Comments (0)
Add Comment